saat pertemuan pertama itu
saat aku mengenalmu
dan kau mengenaliku
aku menyatakan hasratku
niat bersama untuk bersahabat
walaupun kadangkala tak terlihat
pasti kau masih ingat
kita bersua di satu tempat
namun..
sekian lama kemesraan yang terjalin
berputiklah rasa teringin
puasku memikirkan
apakah perasaan ini seakan mempermainkanku
hanya kerana kemesraan
terlalu mudah untukku jatuh cinta
aku berdiam diri
diriku masih tak mengerti
mencari jawapan untuk meleraikan belenggu perasaan ini
sehingga tibanya hari yang pasti
untuk merungkai segalanya
kau mula kelihatan resah
aku juga menampakkan hatiku yang gundah
apakah itu petanda dari getaran jiwaku padamu
atau hanya ilusi perasaan yang membisu
tidakku sangka kau mula membuka bicara
berbicara tentang perasaan
perasaan yang kau pendamkan berbulan-bulan
adakah itu penyelesaian untuk persoalan yang berlegar-legar mencari jawapan?
sejenak aku berfikir biarpun buntu
cuba menghuraikan kata-katamu
tersedar dari lamunan aku mula termanggu
rupa-rupanya perasaan yang tersimpan di sudut hati sudah temui
kita sama-sama miliki..
Perasaan yang selama ini asing bagi diriku dan dirimu
akhirnya kita sama-sama melafazkan kalimah cinta
kalimah cinta yang penuh puitis mengikrarkan setia
cintalah pada yang satu
setialah pada yang satu
itulah teras kebahagiaan yang utuh
tak akan goyah walaupun taufan curang datang melanda
percayalah...
Karya:Saiber & Kuje
Selasa, 12 Januari 2010
Perasaan
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 10:51 PTG 0 kenyataan
Duit Aku Hilang
Pagi kelmarin aku ditimpa malang
semua duit kertas aku telah diambil orang
tak ku tahu siapa gerangan tangan panjang
tanpa belas hanya tinggalkan lima kupang
Tujuh puluh lebih nilai wang
Lesap tanpa bayang
aku bingung bagaimana boleh hilang
salah aku juga,letakkan dompet di dalam laci sewenang-wenang
Terpaksa aku keluarkan pitis lagi
walaupun aku bukan orang senang
Aku beritahu pada abang
Dia nasihat lain kali jaga barang
Dia suruh buat laporan pada pengurus asrama lantas cerita terang-terang
aku tak mahu kerana pasti tiada siapa yang akan pandang
aku tetap dipersalahkan dan akan rasa bengang
Biarkan pencuri itu nikmati hasilnya tanpa dilarang
Kelak dia bakal terima balasan membuatkan dompet aku jadi lengang
Karya:Kuje
Jumaat, 8 Januari 2010
Ekamatra Kehidupan
Ekamatra kehidupan yang mengecewakan
Ramai yang sudah melintasi garisan sempadan
Kini telah berada jauh di hadapan
Tinggal aku yang sedang melalui saat getir kegagalan
Aku merenung jauh mereka yang dulunya berjuang bersama denganku
Masa memisahkan kita walaupun tak sampai berminggu-minggu
Usaha-usahamu sememangnya mengilhamkan iltizam baru
Menyedarkan aku dari lamunan yang merapu
Tiada perbezaan antara kita selalu
Tiada persoalan siapa yang sampai dahulu
Di garisan penamat dalam menuntut ilmu
Sesiapapun mampu kerana gagal bukan penentu
Waktu-waktu ku buru
Tak mahu lagi menunggu
Biarkan cahaya dari lampu
Menerangi segenap ruang hidupku
karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 6:31 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Rabu, 6 Januari 2010
PERSINGGAHAN YANG TAK BERMAKNA(UNPLUGGED AUDIO)
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:55 PTG 0 kenyataan
Demi Cinta Kita
Tiada yang dapat ku katakan..
Hanya senyuman sebagai tanda..
Malam yang dingin menjadi saksi cinta kita berdua..
Tiada yang dapat ku gambarkan..
Hanya wajahmu dalam fikiranku..
Hanya dirimu yang bertakhta di hatiku..
Percayalah sayangku..
kasihku..
Tiada duanya hanya satu..
Dua nama satu jiwa..
Asyiknya cinta kita berdua..
Tak dapat dihalang oleh kata nista..
Tak dapat dihalang oleh manusia..
Pegang erat tanganku..
Kuatkan semangatmu..
Untuk bersamaku..
Andai kau terjatuh..
Aku kan membantumu..
Setiap madahku adalah penawarmu..
Kasih..
Kaulah nafasku..
Kaulah nyawaku..
Sesaat tanpamu adalah sengsara bagiku..
Kasih..
Kaulah hidupku..
Kaulah duniaku..
Harapanku kau sentiasa bersamaku..
Sehidup Semati..
Marilah kita Berdua..
Bersama menempuh onak duri..
Tanpa rasa ragu..
Demi cinta kita berdua..
lirik:Saiber..
komposer:kuje..
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:16 PTG 0 kenyataan
Igauan Silam
Kala sepi melanda hati
Terasa aku seakan bersendiri
Walau realitiku dihadapan terang
Khayalanku kelam masih dibelakang
Igauan masa silam kembali menyelubungi
Dalam jiwa yang pernah terluka ini
Ku ubati luka biarpun memberi seribu keperitan
Tak dapat ku menahan kesakitan
Tidak berdarah namun terasa
bagai ditusuk sembilu
Pedih tak terkata
Hanya linangan air mata mengiringi tangis senduku
Terseksa diriku melalui detik-detik yang pilu
Yang membelenggu hidupku
Jawapan yang ku cari
untuk menghuraikan segalanya tak kutemui
Nukilan:kuje(apit)&saiber(idzwan)
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:01 PTG 0 kenyataan
Labels: sunyi
Mimpi Buruk Kala Malam
Khayalan sialan yang merasuk mimpiku
rupa-rupanya bisikan syaitan yang asyik mengganggu
indah lelapku tiada ketenangannya
angkara sang durjana
Dalam kisah aku diburu
segalanya indah sebelum itu
makhluk ngeri menyeringai di atas batu
namunku sempat akhiri mimpi berhantu
Laknatlah kau iblis nan celaka
sedang menguasai tidurku yang lena
Hey..penghuni pasti neraka
Godaanmu takkan aku terpedaya
Mimpi yang dusta belaka
Cubaanmu takkan berjaya
Selagi iman di dada
Usahamu akan gagal jua
Mimpi buruk kala malam
Kelak pasti akan tenggelam
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 12:08 PTG 0 kenyataan
Labels: Marah