Telah ku pendam rasa itu berulang kali
Bila ku jatuh cinta ku berpura diam
Akhirnya hanya bayanganmu sahaja yang ku miliki
Iringi malam-malamku bersama kenangan silam
Dia bakal bergelar doktor
Tak mungkin rasa itu dia ingat lagi
Aku pula hanya raja diktator
Dalam kerajaan sendiri
Tanpa permaisuri
Dia kini langit dan aku kini bumi.
Bertahun-tahun selepas kekecewaan hati
Setelah permaisuriku membawa diri
Setelah permaisuriku dibawa lari
Setelah permaisuriku tak mempertahankan aku lagi
Setelah aku ditolak ke tepi
Setelah aku disakiti
Tiada percayanya aku pada kasih
Kerna rintihan selama ini merobek jiwa yang pedih
Tiada gunanya aku menyayangi
dengan sepenuh hati
Gadis yang belum ku nikahi
Gadis yang hidup denganku bukan sebagai isteri
Ku nanti takdir Ilahi
Munculnya bidadari dunia ini
Yang akan ku rindui pasti
Selama mana aku masih ingin mencintai...
Karya: Kuje
Ahad, 25 November 2012
Selama Mana Ku Masih Mencintai...
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:24 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Selasa, 20 November 2012
Intan Dalam Kaca
Selamat pengantin baru kepada mu
Semoga berbahagia dengan jodoh yang sudah tertulis untukmu.
"Aku belajar banyak benda dari kau,
banyak perkara dan sememangnya aku tak kan ada perasaan cinta terhadap perempuan yang bukan muhrim selagi tak bergelar isteri."
Terima kasih kerana mengajarku apa erti sebenar cinta sejati.
Terima kasih juga kerana tak menjemputku ke walimatulurus mu.
InsyaAllah, nanti aku kahwin, aku jemput kau, suami dan bakal anak-anak kau.
"Aku bukan orang baik dan selayaknya bukan dengan kau. Aku faham apa maksud "I bukan yang terbaik untuk U".
Aku dah cuba cari yang terbaik dan yang lebih baik tapi yang lebih baik itu mencari yang lebih baik dari aku.
Aku tak dapat sebutir intanpun dalam ribuan intan itu.
Mentang-mentanglah aku pemuzik yang masih belum sempurna tingkahku dan amalan ku.
Tak mengapa, dalam ribuan kaca pasti ada sebutir intan. InsyaAllah.
Jika intan menolakku, aku akan mencari intan yang berada dalam ribuan kaca itu sedaya yang ku mampu.
Terima kasih.
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:30 PG 0 kenyataan
Labels: Berkobar-kobar
Ahad, 4 November 2012
Ku Redha
Bukan aku...bukan aku yang kau cari selama ini
Tak perlu ungkapkan lagi
Bahawa kau bukan yang terbaik untukku
Kerna hakikatnya aku bukan yang kau mahu
Tingkahku tak sempurna
Paras rupaku biasa
Tutur kataku tak bisa
Memiliki puteri idaman arjuna
Ku hapus luka dengan airmata
Nyatakan tentang aku yang terseksa
Kau anggap ku tak redha
Takdir Yang Maha Esa
Sememangnya ku tak rela
Perpisahan yang kau pinta
Apakah aku masih bermakna
Jika kau sudah berumahtangga?
Ku doakan kau bahagia
Dengan pilihan yang kau cita
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:47 PTG 0 kenyataan
Labels: Pasrah