Kembali ke pangkal jalan
betulkan hala tujuan
lurusnya ada kejituan
ikhlasnya pada Tuhan
Andai tiada pedoman
Menantilah di ambang keinsafan
Laksana langit nan cerah
mendung datang berterusan
Terasa perit berubah
tak tertanggung dugaan
Rangsangan lakukan dosa
Godaan yang merengsa
Bisikan ahli neraka
Rancangan gagalkan usaha
Pasti kau sua
Luluhlah hati terbakarlah jiwa
Jika perjuangan rohani ini sementara
Paradigma tidak akan ada anjakan
Tangisan dahulu bukan penyesalan
Karya: Kuje
Isnin, 4 Februari 2013
Jalan untuk Kembali
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 9:12 PTG 0 kenyataan
Labels: syukur
Mencari Harta Abadi
Ditulis susunan kata-kata,
Dialunkan irama ke merata-rata,
Tertusuk jauh ke dalam jiwa
Terasa jauh dari Yang Maha Esa
Usah diratapi usah dicari-cari
Harta yang mana milikmu abadi
Kan kau bawa tika akhirat nanti
Kalau bukan amal di dunia yang hakiki
Dada kosong ini penuh sebak
Terbayang masa silam yang rosak
Moga Allah ampunkan dosa-dosaku
Yang tersepit di celah kebobrokan salah laku
Apa yang dicari jalan tulus yang diredhai-Nya,
Jalan yang ada kedamaian di sana,
Ada ketenangan yang ubati duka,
Ada penyelesaian 'tuk segala-galanya
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 9:11 PTG 0 kenyataan
Labels: .....
Harga Remaja
Berapakah sebenarnya harga remaja?
Yang bersih dari gelodak kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja?
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi?
Piala remajamu?
adakah cuka?
Kesangsian dari cinta murah atau malu,
Ajaran dari ilmu susah,
Remaja amat mahal
Sesungguhnya,
tiada terbeli oleh perjanjian,
Remaja amat mahal
Sesungguhnya,
Harga remaja pendirian keberanian.
Karya: Hafez Zolkifly
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 9:10 PTG 0 kenyataan
Labels: Tertanya-tanya
Tak Menerima Hati Ini
Kenapa kau tak menghargai
Tak menerima hati ini
Disaat terbit cintaku
Hanya untuk dirimu
Engkau memberiku harapan
Membina kasih padaku
Menerangi hidup suramku
Memberi kebahagiaan
Ternyata semuanya dusta
Hanya sandiwara semata
Mengisi kekosongan hatimu
Bagimu ku persinggahan cuma
Seksanya aku tidak rela
Payah 'tuk ku menghilangkannya
Bekasnya sukar dipadam
Menjadi kenangan suram
Demi kau yang ku cinta
Lirik: Mega
Komposer: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 9:09 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Coretan Untukmu
Hadirmu tak pernah ku duga
Dari jauh aku memujamu sebelum dia
Kini kau menjadi sebahagian dariku
Pernahkah kau menyangka pertemuan kita
Persoalan untukku jua
Apakah rahsia disebalik pertemuan kita
Dalam tidak kita sedar
Banyak impian telah kita impikan
Masa yang akan tentukan segalanya
Antara kau dan aku
c/o:
Ku tuliskan lagu ini bukan untukku
Tapi untuk kau yang ku sayangi
Coretan yang kau wujudkan dalam hatiku
Semoga kau bahagia walau apa kesudahan kita
Lirik:Saiber
Komposer:Kuje/Saiber
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 9:07 PTG 0 kenyataan
Labels: Rindu