BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 27 Ogos 2018

ANGKAra

3 tahun 3 puluh
Langkah disekat jalan mana tumbuh
Lima tahun sabar mengeluh
Pangkah berpakat tak tahan ke subuh


6 tali tambat 5 tiang pegangan
Hadam erti ingat juang akhir zaman
Tanam hati bersemat wang dari tangan
Pejam nanti dapat kurang beban seksaan?

1 ratus darjah malar
Serak garam naik mencakar
Habis haus datang lapar
Banyak ragam asyik menjalar

Karya:Kuje

Ahad, 12 Ogos 2018

Bicaralah Akal

Otak lembu
Tiada akal
Tanpa ilmu
Tutur dangkal

Sebar berita
Selidiklah dulu
Sebar cerita
Sumberkan dulu

Bila susah jangan membazir
Ukurlah baju di badan sendiri
Bila belanja belajar berfikir
Biar papa asal bergaya lagi???

Kata orang lukisan buruk
Kata kita berus yang teruk
Nasihat orang berlatih lagi
Nasihat kita berus diganti

Dua dekad hidup berseni
Dua tahun jalan berkemudi
Dua minggu dipandang sunyi
Dua bulan angkatlah kaki

Karya: Kuje

Akhirul Zamaniah

Rumah sewa lamborghini
Sudah berbudi dengan wang
Yang di ketepi anak sendiri
Yang di TV hai anak orang

Bersanggul hawa bak bonggol unta
Baju yang jarang yakin ke syurga
Azan berkumandang mata di TV
Tiga rakaat drama sehari

Asal lelaki jadi perempuan
Asal betina jadi jantan
Hidup ghairah membilang harta
Mati gelisah menghitung dosa

Di corong radio berlagu gila
Diputar berkali "asyik dia,dia"
Suami bercakap ditutup telinga
Artis bersuara disengkang mata

Hasil getah, Tuhanlah yang beri
Andai susah, pangkah biru lagi
Pandaikah memasak, menjaga anak
Harga sahaja mahal, nasi tak ditanak?

Belum lahir ada IG
Anak artis dewa dewi
Kelmarin damai gaduhnya hari ini
Berebut rantai orang yang dah mati

Dengan amal bukan pakaian
Syarat ke syurga dengan rahmatNya
Andai ramai yang mengaku intan
Bersinarlah permata aku tak berharta.

Dibela haiwan menunjuk kasih
Makan tak diberi tahinya yang bersepah
Bercerita sakan Profesor Terpilih
Ilmu tak tinggi autanya tak tentu arah

Karya: Kuje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...