BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 12 Ogos 2018

Akhirul Zamaniah

Rumah sewa lamborghini
Sudah berbudi dengan wang
Yang di ketepi anak sendiri
Yang di TV hai anak orang

Bersanggul hawa bak bonggol unta
Baju yang jarang yakin ke syurga
Azan berkumandang mata di TV
Tiga rakaat drama sehari

Asal lelaki jadi perempuan
Asal betina jadi jantan
Hidup ghairah membilang harta
Mati gelisah menghitung dosa

Di corong radio berlagu gila
Diputar berkali "asyik dia,dia"
Suami bercakap ditutup telinga
Artis bersuara disengkang mata

Hasil getah, Tuhanlah yang beri
Andai susah, pangkah biru lagi
Pandaikah memasak, menjaga anak
Harga sahaja mahal, nasi tak ditanak?

Belum lahir ada IG
Anak artis dewa dewi
Kelmarin damai gaduhnya hari ini
Berebut rantai orang yang dah mati

Dengan amal bukan pakaian
Syarat ke syurga dengan rahmatNya
Andai ramai yang mengaku intan
Bersinarlah permata aku tak berharta.

Dibela haiwan menunjuk kasih
Makan tak diberi tahinya yang bersepah
Bercerita sakan Profesor Terpilih
Ilmu tak tinggi autanya tak tentu arah

Karya: Kuje

0 kenyataan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...