BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 15 Disember 2009

Bila Lampu Sudah Malap, Hari Sudah Gelap

Hari ini cerah sentiasa
namun panas terik menggila
bahang terasa kesejukan sudah lama hilang
bayangkan hampir seminggu tiada hujan yang datang

Lampu dunia yang Allah ciptakan
berkurun lama diperlihatkan
takkan hilang biarpun malam hanya untuk bulan
sinar harian sang suria yang membantu manusia dalam tugasan

ibarat lampu jua bila terbakar cahayanya sudah malap
hari pula sudah gelap
pasti kita cari lilin untuk berharap
agar malam kita diterangi walaupun jelas bayang-bayang kita legap

Syukurlah Allah ciptakan matahari
untuk kita fahami
hakikat hidup di dunia ini
Siang dan malam pasti kita lalui

karya:
Kuje

Isnin, 16 November 2009

Kenyataan Percintaan

Jika kau ada dalam perjalanan ini
pasti kau akan rasa rugi
hadapi kenyataan yang menyakitkan
tak semua membahagiakan

pertaruhan perasaan kita
memperjudikan hati
semata-mata untuk dia
bila semuanya seakan mati

Lupakan untuk tidak diduga
dengan segala pancaroba
kerana kau sudahpun dewasa
pasti jatuh ke dalam jurangnya

tak perlu menyatakan aku berdusta
andai benar belaka
yang ditakdirkan bermakna
pada permulaannya

pertengahan,mula ingin menyesalinya
kerana penghujung ramalkan kecewa
berhentilah menafikan
semua ini tak pernah kau jangka

perasaan ini kenyataan
percintaan ini kenyataan
kenyataan dalam perhubungan
nyata bagi insan

Karya:Kuje

Sabtu, 7 November 2009

Menghayati Kesetiaan

Titisan air hujan
titisan air mata luah perasaan
bingkisan cerita seorang teman
kaget untuk diceritakan namun sebagai tauladan

curahan kata menunjukkan
dia sudah jatuh cinta walaupun dinafikan
seharusnya ingatlah kekasih di sana masih lagi insan
hormatilah dia biarpun berjauhan

mengapakah agaknya semua kejadian merupakan satu perubahan?
sekelip mata berubah,kekasihnya tetap pasrah

bangunlah,sedarlah dari tidur panjangmu yang lena
orang ketiga sedang memperdaya
saat kau tak berdaya
semestinya akan berjaya

dulu sememangnya aku tak percaya
bagaikan semuanya dusta
kini terbongkar rahsia
rupa-rupanya kau dalam dilema
antara dia dan dia

takkan ke mana
bila kita tidak setia
entah di mana
kebahagiaan yang bertahun tercipta

fikirkan penyelesaiannya
fikirkan jalan menidakkannya
fikirkanlah meskipun ketika itu kau terleka

karya:Kuje

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bila Peperiksaan Hampir Tiba

Bercelaru memang haru-biru bila semua orang tahu
makin hampir saat penting yang sangat genting
waktu itulah pelbagai peristiwa yang akan berlaku
memang gering mengalahkan orang yang mengidap batuk kering

samseng sungguh memaksa aku sertai majlis yang membuang masa
aku tertinggal banyak pelajaran yang mereka tak pernah tanya
memanglah aku suka menghiburkan mereka
tapi aku tidak suka didesak tak tentu hala

kononnya semangat kami seperti samarinda
walhal peperiksaan hampir tiba
lebih penting daripada bersuka ria
ulangkaji,agaknya bila?

cemburu melihat siswi di sana
mentelaah tak kira masa
tapi satu kelebihan bagi kita
Boleh berjaya tanpa usaha yang terlalu mendera

tahun hadapan harapan baru
terpaku sukma melihat hala tuju
mungkin kali ini semuanya dilakukan seperti memasak penganan
berganding bahu biar peluh mencurah kebasahan

tamatkan penganiayaan
eratkan hubungan
tiada perbezaan
peperiksaan penanda aras perjalanan
persahabatan,percintaan,kekuatan,kebijaksanaan dan kebaikan akan menjadi bahan
ukuran dan penilaian pada pengakhiran

karya:Kuje

Isnin, 19 Oktober 2009

Menggamit Memori

Baring di atas tikar ini
sentiasa aku gemari
sungguh menggamit memori
kenangan di rumah memberi sejuta erti

malam-malam terisi dengan mimpi-mimpi
sejati sungguh deru angin ini
biar aku digiringnya tanpa henti

kipas yang berputar-putar
hampir menutup hari-hari yang beredar
anganku sedang berlegar-legar
Badanku menggeletar selepas tersedar

dinginnya..kadangkala aku gusar
ku tidak mahu abaikan harapan keluarga:pengorbanan mereka amat besar
biarkan hati ini berdebar-debar
bukannya aku gentar

karya:Kuje

Ahad, 18 Oktober 2009

Tergamam Lalu Menangis

Mengapa kalian sudah berubah
wahai sahabat-sahabatku sang hawa
tidak takutkah pada Allah yang Maha kuasa
jangan!!!!
jangan menyalahi fitrah manusia
aku merayu kerana itu bukan cinta

kaum sejenismu bukan takdir perasaanmu
dulu kalian tak pernah begitu
sentiasa aku terpaku
kerana hawa punyai kelebihan yang tertentu

memang aku tergamam tercari-cari
kalian yang dulu aku kenali
berbeza sudah kini
atas dasar kecewa terhadap lelaki?

dahulu berbaju kurung
kini berpakaian ranggi
perubahan tak terjangkau oleh realiti
harap kembali
kembali ke azali
zaman yang asalnya personaliti hakiki

Karya:
Kuje

Khamis, 15 Oktober 2009

Di Pulau Hujung Dunia

Sungguh sayu rasa
bila kegagalan telah menimpa
bukannya aku tak pernah berusaha
namun keyakinan yang berputus asa

bila aku mula bersuara
pasti ada yang mencerca
memalingkan muka
mentang-mentanglah aku hanya orang biasa

Lihat! Lihat siapa disebelahku wahai teman
Umpama di pulau hujung dunia
hanya pandangan interaksi yang terjana

kadangkala aku hampir menangis
tangisan yang gerimis
dugaan datang aku tak sempat tepis

apa yang mereka lihat
aku tidak mahu ambil berat
aku adalah diriku
aku akan tetap membantu biarpun membatu

aku diam bukan menyimpan dendam
hanya sekelumit rasa kecewa yang aku pendam

mereka tak pernah memahami erti hidup ini
apakah salahku hanya kerana ideologi?
bilakah agaknya mereka akan datang ke sini?
hingga memadamkan semua perasaan benci

benci kepada kaum hawa bukan dengan sengaja
atas fitrahku sebagai manusia
setiap yang manis pasti ada pahitnya
sentiasa aku maafkan mereka
sentiasa aku menerima dengan hati terbuka

bukakan minda
aku bukan pengemis cinta
aku penulis cerita
yang sedang melalui jalan mereka

sesekali terpandang saat indah mereka
teringat aku pada si dia
yang telah pergi umpama tiada
benarkah dia masih terkenang akan cinta lama?
atau ada sesuatu yang belum lagi dicerita?
aku nantikan sentiasa sehingga tiba masa

Karya:Kuje

Kisah Si Buruh

Debu-debu berterbangan
panas terik matahari dari pandangan
ternyata amat sukar bila bekerja sebagai orang bawahan
tenaga dikerah habis-habisan
melihat mereka pasti kasihan
berhadangkan helmet plastik buatan
untuk menahan pancaran
tanpa topeng pelindung pernafasan
pasti ada sakit dalaman

Buruh yang bekerja hanya ingin mencari sedikit pendapatan
sedikit makanan dalam meneruskan kehidupan
sebagai seorang insan yang bukannya haiwan

Karya:Kuje

Khamis, 1 Oktober 2009

Still Can't Loving Me

I must go if you have to do so
you hurt my heart and it's hard to show
And when you're gone,my life full of sorrow
the ending that i've never know

much too long i've been waiting you
want to see how love is true
it's blind and now i'm feel in it
Left our memories that never complete

i'll always begging you
if you don't want to go through
i'll down on my knee
if you still ignore me

Lady,can you imagine what i feel
i know it is not for real
because of you,all i've done
but you still can't

can't loving me


Lyrics:Kuje
Composer:Kuje

Selasa, 22 September 2009

Prakasarku

Selepas hujan berhenti
raya akan lebih bererti
aku akan lebih berhati-hati
antara hidup dan mati

harapan keluarga adalah yang tertinggi
impian dan cita-cita ku korbankan lagi
tangis dan tawa mengiringi
suka dan duka sepanjang hari

gerak langkah selepas ini
tak aku ketahui
janji sudah dimeterai
bayangnya masih aku tercari-cari

paradigmaku interpretasi
perasaan sayang dan benci
agaknya,bilakah semuanya akan menjadi?
saat semangat pudar dan pergi

prakasar gah hanya mengejar duniawi
menghadapi diri tanpa menghayati
kesal sesal menyesal takkan berguna lagi
berfikir bertindak muhasabahkan diri

karya:
Kuje

Isnin, 14 September 2009

Pengakuan Berbisa

Oh...pedihnya
kenyataan yang takku jangka
perasaan pasti akan terluka
andainya tabah tak kuasai jiwa

luahanmu amat menyakitkan
diriku kau terima
hanya kerana simpati sebagai seorang insan
Gembirakah rasa bila semua ini berlaku tanpaku duga?

hilangkah simpatimu?
ketika ini barulah kau ucapkan kata putus meninggalkanku
mengapa tidak di waktu perkenalan kita dahulu
permainan yang jelas ketara darimu

hati ini diguris sembilu
seakan kaca terhempas ke batu
begitulah aku
setelah diperlaku olehmu tanpa menggunakan akal fikiranmu

kau mencintai kaum sejenismu
seyakinnya aku tak menduga
rupa-rupanya pilihanmu bukannya aku
yang selama ini setia bersama

walaupun engkau jauh dimata
patuhilah fitrah sebagai manusia
adam hanyalah untuk hawa
dan begitulah jua sebaliknya

ingatlah batas-batas wanita
walaupun akhlak sentiasa kau jaga
kerana berlatarbelakangkan yang kuat pegangan agama
semestinya sesiapapun tidak akan percaya

bermula pada malam itu
aku telah melupakanmu
ku padamkan diari cinta kita dari halaman hidupku
sesungguhnya pengakuanmu sangat berbisa bagiku

biarpun sepanjang perjalanan ini
aku dipandang hina oleh keluargamu serta dicaci
hiraukanlah kerana kau tak pernah peduli
akhirnya cinta kita berakhir disini

karya:
Kuje

Rabu, 2 September 2009

Kesilapan Yang Tak Dijangka

Kadangkala langit cerah sebentar sahaja
awan mendung mengganggu hujan turun menderu-deru
matahari terlindung seakan rasa terhina
petir dan guruh berdentum
kilat sambar-menyambar tak semena-mena
burung layang-layang masih berterbangan menikmati titisan-titisan rezeki ke dunia
langkah-langkahku semakin lemah tak terdaya
salahku diakhir cerita membiarkan semuanya menimpa tanpa bertindak dengan peka
hikmah yang sememangnya nyata
aku sedang ditimpa hujan yang diiringi petir dan guruh di samping kilat sambar-menyambar
kedinginan yang teramat
tak dapat digambarkan betapa tak tertahannya aku sungguhpun semangat masih kuat
tersalah langkah sebenarnya aku keluar dari tempat berteduh yang sudah tertinggal jauh
payung dan baju kalis hujan yang ku simpan aku lupa gunakan
ternyata kesilapan kecil yang akhirnya memakan seluruh diri sebagai seorang insan...

karya:
Kuje

Selasa, 25 Ogos 2009

Persinggahan Yang Tak Bermakna

Secangkir simpati ku inginkan darimu
wahai kekasih hati
Sanggupkah kau melihat aku
terdampar di pinggiran duka ini

berdosakah aku menginginkan sejati
sedangkan itu yang perlu aku hayati
pengorbananku selama ini
kau anggap ku berfantasi

seringkali ku dipersalahkan walaupun tak bererti
hatiku yang terluka tidak pernah kau peduli
apakah aku hanya persinggahanmu yang tak bermakna lagi

airmataku menitis ke bumi
tanda keperitan yang menyeksa diriku ini
ku harap kau mengerti
diriku sedang dirundung sepi

Penulis lirik:Kuje
Komposer:Gohan/Saiber/Kuje

Kewujudan Tak Dirasai

Aku ada disini namun tak siapa sedari
aku ada disana namun tak siapa sangka
aku menjelajahi dunia namun tiada sesiapa
bertegur sapa berbudi bahasa antara mereka

Aku sedang menyuruti jalan-jalan yang menyeksa diri
Lampu kalimantang menerangi pencinta ilmu yang sabar menanti
kejayaan mereka bukan datang sendiri
Beruntunglah mereka kerana ilmu yang ada
ramai datang mencari mereka biar jauh sekali
begitulah aku ketika dahulu jika kau masih ingat lagi

malang bagiku ditempat ini
rasai kewujudan yang tak dihargai
bukanku tujukan buat teman-teman yang sejati
khas luahan ini untuk wanita-wanita yang mengenali tetapi tak ambil peduli

terima kasih atas nasihat-nasihat yang diberi
tahniah kepada yang melayari halaman ini
kita akan bersua bila ada rezeki
karya-karyaku tetap akan bersemadi disini
walaupun kewujudanku tak dirasai

karya:
Kuje

Isnin, 24 Ogos 2009

Aku Akan Pergi Dari Sini, Jauh.........................Ke Sana

Aku akan pergi dari sini
tak berapa lama lagi
uitm bukan rezeki
kecundangnya aku adalah titik permulaan hasrat ini
usah bertanya wahai teman yang mithali
ke mana arahnya aku akan pergi

Aku sudah tak berdaya untuk yakin pada diri sendiri
kelas menuntut ilmu semuanya aku tak hadirkan diri
tugasan yang diberi tak pernah aku lunaskan selama ini
Puan Nazhatul,Encik Albar,Cik Shikin dan pensyarah-pensyarahku yang dihormati
maaf dipohon kerana kejayaanku di universiti seakan terhenti
atas pendirian yang sudah lama terpuruk di pinggiran hati
aku gagahi semua ini biarpun kekuatan aku telah lama mati
mungkin satu hari nanti aku akan kembali
bukan di sini
tetapi di atas corak masa hadapan yang aku sememangnya pasti

rengsaan tak mahu pergi
seksaan bertubi-tubi
aku bukan insan cekal yang tabah menghadapi
dugaan ini hikmahnya aku hayati
segala nikmat dari-Nya aku syukuri
namun bukan ini yang aku ingin miliki
walaupun di kampus ini
sudah ramai sahabat yang aku kenali
dari insan seni sehinggalah yang baik budi
ku hormati kalian yang sejati
menghargai petikan gitarku yang tak sehebat Joe Satriani
adalah sesuatu yang aku kagumi
teruskan perjuangan dengan niat yang suci
tidak semestinya aku pergi
kita takkan dapat berjumpa lagi
aku doakan kejayaan kamu semua di uitm ini
semoga dapat mencapainya tanpa halangan yang buat perjalananmu terhenti...

karya:
Kuje

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadanku Di Rantauan

Kokokan ayam tak ku dengar bersahut lagi
kicauan burung bahasa terindah yang tak ku fahami
cahaya yang bermega-mega mula menakluki pagi
kabus yang meliputi ruang udara ku perhati
tanda kesegaran yang nyaman sekali

namun ibu,ayah,abang-abangku&adik-adikku nun jauh menanti
kejayaan yang tak pasti akan ku miliki

mengimbau kenangan bersama keluarga
bersahur dan berpuasa bersama
ibu kejutkan kami yang lena dibuai mimpi
walaupun adakala cubaannya sampai berulang kali
namun ibu tetap gagahi
ayah pula memberi ganjaran kepada yang berpuasa penuh 30 hari
pelbagai keistimewaan yang ayah beri kepada kami tak terbalas rasanya budi

ayah dan ibu mungkin sedang menghayati Ramadan ini
kerana buat pertama kali aku berpuasa tanpa mereka di sisi
aku di rantauan yang agak sukar untuk berdiri
demi ibu dan ayah aku bertekad setekal-tekalnya hati
Ramadanku di rantauan ini akan menjadi paradigma yang bukan sekadar permulaan lagi

Karya:Kuje

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ingin Kembali

Terasa hina bila bertakhta di jalanan
menyingkap kembali personaliti yang hanya menjadi kenangan
insan disegani ialah aku
pada suatu ketika dulu kerana ilmu

manusia yang dibenci ialah aku
ketika ini dan seluruhnya waktu kerana sikapku

aku bukannya mahu penipu
bukannya mahu mengampu
sebenarnya aku bukan begitu

aku ingin kembali lagi menjadi seperti 10 tahun lalu
takkan sukar jika ada keyakinan yang jitu
takkan mudah jika putus asa dalam diriku

azan sudah berkumandang tandanya aku perlu lakukan sesuatu
Allah sentiasa ada membantu
bagi hamba-hamba yang mengejar cinta yang satu

abstrak ialah nawaitu
nyata ialah perubahanku
nantikan andainya itu ialah aku..

karya:
Kuje

Suara Perpaduan

Satu suara bergabung tersimpul erat
menyulam tekad rasa nan bangga
tangan dihulur ada yang menyambut
berjabat mesra berganding bahu
membentuk ukhwah itulah satu suara
suara perpaduan

jika di sana menangis merintih
di sini menghulur tangan
merangkak mesra terukir senyuman
turut berkongsi pedih dan sengsara
suara tidak dibiarkan keseorangan
disambut mesra suara perpaduan
melayu,cina,india dan sesiapa sahaja
pelbagai rupa pelbagai bangsa
pelbagai agama pelbagai budaya

Itu semua bukan ukuran
malah satu kebanggaan...

sentiasa disambut terukir senyuman
sebaris ke hadapan
menoktahkan perpaduan
suara perpaduan...

kami bangga kami nan merdeka
kami bangga kami satu suara
merdeka segala duka
merdeka segala sengsara
suara bersatu membentuk perpaduan
perpaduan yang nyata..

Penulis lirik:Puan Erma Erlina Anuar
komposer:Kuje

Garis-garis Duka

bantulah aku jika engkau ialah sahabat
aku kecundang lagi kali ini lebih hebat
ku hanya insan lemah yang kadangkala terasa kuat
bertatihpun kini sudah tidak mampu
berdiri mungkin takkan ku temu
halaman kehidupan yang hanya tinggal garis-garis duka
apakah zaman kejatuhanku sudah tiba
dahulunya aku insan yang penuh ilmu
sahabat datang menghampiriku
menjulang prestasi terbaikku
namun kini aku tidak ada apa-apa kecuali luahan perasaan yang terbuku
alami saat-saat getir yang menghantuiku...

karya:
kuje

Mengharapkanmu

Ku harapkan cinta
namun yang hadir hanya derita
Gadisku,mengertikah kesetiaanku bukan hanya dengan kata-kata
janji kita masih diawang-awangan terseksa
aku masih terdampar disini
sedangkan kau merenangi lautan yang tak ku alami
kebahagiaanmu menjadi barah kehidupan yang sunyi
kebobrokan perjalananku amat sadis kerana liku-liku ini
sudikah kau mendengarnya dengan niat suci
umpamakan aku sebatang kara di pinggir kali
sudah pasti...
kau akan sedari..
aku bukan seperti dulu lagi
kau sentiasa ku rindui
setiap detik titis-titis airmataku jatuh ke bumi
aku masih menantimu di sini...
masih mengharapkanmu biar apapun terjadi
hatimu ku tak sanggup lukai
ku tahu sakitnya bila cinta didustai
harapan agar kau fahami
aku inginkan saat-saat indah kita kembali..

karya:
kuje

Khamis, 20 Ogos 2009

Nafas-nafas kritikal..(jangan salahkan aku)

Nyalaan api telah menghangatkan malam-malamku..
harapanku fantasikan dengan hembusan-hembusan kritikal..
tiada terfikir aku begini jadinya dihimpit ketagihan padanya yang tak pernah terasa..
rokok yang setia..
teman yang tak bernyawa dikala sepi tiba..
kesunyianku bukan hiba!
kegembiraanku bukan ria!
kedukaanku sememangnya kerana terluka!
sedih memang pedih!
aku terpaksa kerana aku hanyalah manusia!!
biarkan aku mendampinginya..
biarkan!
kerana kamu wahai teman tidak pernah pedulikan aku yang dianggap pendeta gila..
ku bangun menentang hak jiwa..
ku berdiri membangkang segala yang tak pasti kebenarannya..
namun tak pernah aku dibela..
usah perlihatkan aku dengan pandangan luaranmu sebagai seorang pendusta..
helaan nafas ini sememangnya nyata di dunia yang fana..

teman,setiap darinya ada hikmah yang berguna..
dan jangan salahkan aku membabi buta!!!

karya,
kuje

kehidupan di uitm..

kadang2 ak rase tertekan dok kt cni..
adekalanye gak ak rase seronok..
nape ekh??
maybe ble assgnment bnyak,ak rase xbez..
tp,2 la hakikat seorg mahasiswa di uitm..
mcam2 kuiz ak kene hadapi..
nk or xnk,ak kene wat gak..
coz 2 markah bawaan utk support markah final exam..
maybe ak lom dpt biasekan dri ngan sume 2..
ak perlukan mase utk prepare ngan sume 2..
actually,ak xkesah dpt assgnment bnyak..
coz 2 mmg tggungjwb ak..
sumenye depend ngan kehendak ak..
klo ak malaz,xsiap la assgnment 2..
tp,klo ak rajin n ade usaha..
siapla assngment ak 2..
btol or salah assgnment ak 2 len citer..
yg penting,siap!!
tujuan ak tulis nie juz nk motivate dri ak sndiri..

salam,
saiber

Apa Itu Semua?

apa itu jiwa,
bila sedih terhiris luka gerimislah duka,
apa itu muzik,
jika tertarik irama bukannya pelik,
apa itu cinta,
lamunan indah kerana kenangan yang tak dapat dilupa,
apa itu sahabat,
jika suka dan duka dikongsi sampai tertutupnya mata,
apa itu kita,
jika kadangkala terlupa pada yang Maha Esa,
apa itu kekasih,
jika kita rasa tersisih,
apa itu iman,
jika tak dimiliki oleh setiap insan,
apa itu semua,
jika kita tak menghayatinya...


Karya:kuje

Bila Hidup Tak Berteman

Terpinggir aku di jalan-jalan yang sesak,
seharusnya aku melaluinya walaupun terdesak,
biar dihimpit seksaan hidup di dunia mereka,
hadapi saat getir ini dengan penuh rela..

Kekasih yang pergi tinggalkan aku begitu sahaja,
tiada kata putus mahupun ucapan cinta darinya,
ku dipurukkan dengan suasana,
teman yang dahulunya menghulur tangan kini mengejar cita-cita..

Bila hidup tak berteman,
dugaan tetap akan hadir walau diri berseorangan,
perjalananku semestinya sendirian,
jiwa yang kekosongan,
tercari-cari arah dan tujuan dalam kehidupan..

Menara gading yang ku impikan,
kini sudah berada dalam genggaman,
namun cinta pula pergi bersama persahabatan,
tak sanggupku terima kenyataan yang menyakitkan,
sepi seorang insan yang tiada siapa hiraukan..

Ku berdoa padaMu Tuhan,
kuatkan semangatku sebagaimana orang yang beriman,
sememangnya manusia tidak terlepas dari ujian,
kecekalan dan ketekalan yang kadangkala berjauhan..

Karya:kuje

Isnin, 10 Ogos 2009

salam perkenalan..

salam perkenalan pembuka bicara..
ruangan blog ini kami bina untuk berkarya dan meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati kami..
perasaan itu adalah seperti gembira,marah,sedih dan berbagai-bagai lagi..
diharapkan kepada semua blogger dapat memberikan komen..
kami pemilik blog ini hanya menggunakan gelaran "kuje" dan "saiber"..

Yang Benar,

kuje&saiber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...