BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 8 Ogos 2013

Impian Ramadan

Hanya Allah yang tahu
Jiwa ini kegelisahan
Hati ini perlukan hidayah-Mu
Aku masih gagal dalam Ramadan

Hidup selalu rasa sendirian
Kehadiran si dia tak memberi kesan

Meronta-ronta
ku inginkan perubahan
Mencuba menerpa
ke arah kebaikan

Syawal tak terisi senyuman
Andai ku abaikan kewajipan
Syawal tak dihuni kebahagiaan
Andai ku ingkar perintah Tuhan

Impian Ramadan hilang bersama aku
Hanyut kembali dalam perjalanan dahulu

Ku lihat langit masih tiada bezanya
Bintang gemerlapan masih bercahaya biasa

Harapan
kini menanti masa yang bernyawa
Kenangan
kini tangisi duka nestapa

Ku tunggu detik lenyapnya hiba
Ku nanti saat girang itu tiba

Karya: Kuje

Jumaat, 26 Julai 2013

Ikhwanul Muslimin

Saling memberitahu apa yang kita tidak tahu,
Saling mengingatkan apa yang kita sudah tahu,

Melalui lisan mahupun tulisan,
Melalui audio mahupun video,

Secara peribadi mahupun secara umum,
Seorang diri mahupun sebagai makmum,

Tentang ukhrawi mahupun duniawi,
Ilmu akhli mahupun nakhli,

Kerana kita saling bersaudara.

Karya:Kuje

Selasa, 23 Julai 2013

Aku Pemuzik Anak Orang Kaya

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ajar aku jadi sehebat Joe Satriani

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Radio, putarkan laguku acapkali

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ramai gadis sedang menanti

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Keluar TV setiap hari

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ku mampu beli populariti

Aku pemuzik anak orang kaya
Ada duit
Semua jadi.

Karya:Kuje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...