Aku biarkan engkau pergi
Aku biarkan peluang walaupun rugi
Bukan lagi rezeki
Biar hati luka,maruah tak tercalar
Biar aku merempat terbiar
Yang membantu mengherdik liar
Merangkak dalam kehausan mengharapkan belas kasihan
Dalam melangkah menuju kejayaan
Tidak ikhlas membantu
tak perlu membantu
Biarlah...biarlah kesusahan ini aku hadapi
Nasib keluarga aku yang bela nanti
Aku tak tahu
Salah silapku masa lalu
Memakan diri hari ini
Aku pulang tak bawa apa-apa lagi
Terima suratan takdir Ramadan ini
Pengajaran yang benar-benar bererti
Karya:Kuje
Rabu, 18 Ogos 2010
Hari Yang Malang, Aku Pulang
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 4:39 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Sabtu, 14 Ogos 2010
Diktaktor
Perluasan kuasa
Perebutan takhta
Pertelingkahan mereka
Pembunuhan di sini sana
Kekejaman kau teroka
Belas kasihan kau persetankan sahaja
Tembak!!!Pancung!!!Sembelih semua
Kematian...Penyeksaan...bagi kau kebahagiaan
Perantara iblis durjana
Lohong-lohong kesyaitanan kau buka
Cengkaman kuku besi diktaktor nan celaka
Kecaman untukmu kan terus mendera
Neraka ialah pusaka manusia derhaka
Taubat sentiasa beringat sebelum terlambat
Setelah hukum Tuhan kau persenda
Dan akhirnya dirimu dilaknat
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:35 PTG 0 kenyataan
Labels: Marah
Jumaat, 13 Ogos 2010
Aku Bukan Pengemis Cinta
Tika aku sedang menanti
Hadir seorang bidadari
Yang kehidupannya sunyi
Datang ikhlas menemani
Semakin hari
semakin aku mengerti
bahawa aku semakin cinta
bahawa aku semakin rindu
Hanya dia yang inginku sayang
Biarpun ternyata dia milik orang
Mengapa sukar lagi
Saat terbit suria pagi
Buktikan hatiku telah kau miliki
Pabila tiada tangisan mengiringi
Lihat diri ini
Tiada insan yang sudi
Hanya kata-kata seakan mengingini
Tiada kepastian yang menjadi bukti
Bukan aku memaksa
Kerana jiwa yang terasa
Usah diam seribu bahasa
Usah sembunyikan apa yang nyata
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 11:34 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Jumaat, 6 Ogos 2010
Derita rindu..
sepi hatiku bersendirian
dikala gembira,tiada erti rasanya
dikala hiba,tiada berteman
termanggu aku keseorangan
terdiam bisu tanpa kata
ku cuba pejam mata
cuba mencari ketenangan
namun dalam gelap gelita
raut wajahmu yang menjelma
begitu hebat rinduku padamu
seperti emosiku dipermainkan
tidak ku nafi kebenarannya
walau luaranku mendustakan
dalam gembiraku,ada sebaknya
tangisku tak ternampak oleh sekeliling
hanya diriku yang perit menahan hiba
sendiri menanggung derita
derita yang entah bila akan lenyap
lenyap untuk diganti dengan sinar bahagia
karya:saiber
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 12:51 PG 0 kenyataan
Labels: Rindu