BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 8 Ogos 2013

Impian Ramadan

Hanya Allah yang tahu
Jiwa ini kegelisahan
Hati ini perlukan hidayah-Mu
Aku masih gagal dalam Ramadan

Hidup selalu rasa sendirian
Kehadiran si dia tak memberi kesan

Meronta-ronta
ku inginkan perubahan
Mencuba menerpa
ke arah kebaikan

Syawal tak terisi senyuman
Andai ku abaikan kewajipan
Syawal tak dihuni kebahagiaan
Andai ku ingkar perintah Tuhan

Impian Ramadan hilang bersama aku
Hanyut kembali dalam perjalanan dahulu

Ku lihat langit masih tiada bezanya
Bintang gemerlapan masih bercahaya biasa

Harapan
kini menanti masa yang bernyawa
Kenangan
kini tangisi duka nestapa

Ku tunggu detik lenyapnya hiba
Ku nanti saat girang itu tiba

Karya: Kuje

Jumaat, 26 Julai 2013

Ikhwanul Muslimin

Saling memberitahu apa yang kita tidak tahu,
Saling mengingatkan apa yang kita sudah tahu,

Melalui lisan mahupun tulisan,
Melalui audio mahupun video,

Secara peribadi mahupun secara umum,
Seorang diri mahupun sebagai makmum,

Tentang ukhrawi mahupun duniawi,
Ilmu akhli mahupun nakhli,

Kerana kita saling bersaudara.

Karya:Kuje

Selasa, 23 Julai 2013

Aku Pemuzik Anak Orang Kaya

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ajar aku jadi sehebat Joe Satriani

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Radio, putarkan laguku acapkali

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ramai gadis sedang menanti

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Keluar TV setiap hari

Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ku mampu beli populariti

Aku pemuzik anak orang kaya
Ada duit
Semua jadi.

Karya:Kuje

Rabu, 29 Mei 2013

Benci Realiti Aku

Sudah rezeki
Allah beri
Apa yang ku benci
Walau jauh ku berlari

Institusi...graduasi amat ku nanti
Rakan FB...'mati' tiada interaksi

Atau ku perlu mengangkat kaki?
kaki kiri teruskan berlari
kaki kanan teruskan berjalan
Masih banyak lagi perhentian

Ayah ibu pasti membisu
Harapan dan impian jadi palsu
Soalan terbilang bertalu diaju
Sahabat handai, doakan selalu.

Benci aku realiti
Aku benci realiti

Dari aku yang berfantasi.



Karya: Kuje

Isnin, 4 Februari 2013

Jalan untuk Kembali

Kembali ke pangkal jalan
betulkan hala tujuan
lurusnya ada kejituan
ikhlasnya pada Tuhan

Andai tiada pedoman
Menantilah di ambang keinsafan

Laksana langit nan cerah
mendung datang berterusan
Terasa perit berubah
tak tertanggung dugaan

Rangsangan lakukan dosa
Godaan yang merengsa
Bisikan ahli neraka
Rancangan gagalkan usaha
Pasti kau sua

Luluhlah hati terbakarlah jiwa
Jika perjuangan rohani ini sementara
Paradigma tidak akan ada anjakan
Tangisan dahulu bukan penyesalan

Karya: Kuje

Mencari Harta Abadi

Ditulis susunan kata-kata,
Dialunkan irama ke merata-rata,
Tertusuk jauh ke dalam jiwa
Terasa jauh dari Yang Maha Esa

Usah diratapi usah dicari-cari
Harta yang mana milikmu abadi
Kan kau bawa tika akhirat nanti
Kalau bukan amal di dunia yang hakiki

Dada kosong ini penuh sebak
Terbayang masa silam yang rosak
Moga Allah ampunkan dosa-dosaku
Yang tersepit di celah kebobrokan salah laku

Apa yang dicari jalan tulus yang diredhai-Nya,
Jalan yang ada kedamaian di sana,
Ada ketenangan yang ubati duka,
Ada penyelesaian 'tuk segala-galanya

Karya: Kuje

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja?
Yang bersih dari gelodak kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja?
Bagai kehijauan pohon di perjalanan

Dengan apakah akan kau penuhi?
Piala remajamu?
adakah cuka?
Kesangsian dari cinta murah atau malu,
Ajaran dari ilmu susah,

Remaja amat mahal
Sesungguhnya,
tiada terbeli oleh perjanjian,
Remaja amat mahal
Sesungguhnya,
Harga remaja pendirian keberanian.

Karya: Hafez Zolkifly

Tak Menerima Hati Ini

Kenapa kau tak menghargai
Tak menerima hati ini
Disaat terbit cintaku
Hanya untuk dirimu

Engkau memberiku harapan
Membina kasih padaku
Menerangi hidup suramku
Memberi kebahagiaan

Ternyata semuanya dusta
Hanya sandiwara semata
Mengisi kekosongan hatimu
Bagimu ku persinggahan cuma

Seksanya aku tidak rela
Payah 'tuk ku menghilangkannya
Bekasnya sukar dipadam
Menjadi kenangan suram

Demi kau yang ku cinta

Lirik: Mega
Komposer: Kuje

Coretan Untukmu

Hadirmu tak pernah ku duga
Dari jauh aku memujamu sebelum dia
Kini kau menjadi sebahagian dariku
Pernahkah kau menyangka pertemuan kita

Persoalan untukku jua
Apakah rahsia disebalik pertemuan kita

Dalam tidak kita sedar
Banyak impian telah kita impikan
Masa yang akan tentukan segalanya
Antara kau dan aku

c/o:

Ku tuliskan lagu ini bukan untukku
Tapi untuk kau yang ku sayangi
Coretan yang kau wujudkan dalam hatiku
Semoga kau bahagia walau apa kesudahan kita

Lirik:Saiber
Komposer:Kuje/Saiber

Isnin, 7 Januari 2013

Lorong Itu

Terpandang lorong itu
Jalannya menitiskan airmataku
Dipenuhi kupu-kupu malam
Berdendang dalam dakapan beragam

Drama bersambung di dalam
Hilang bayangan dalam kelam
Luahkan apa yang terpendam
Biarpun sudah hampiri curam

Lemas aku dengan lirikan manja
keghairahan keseronokan sementara
"Dunia kau yang punya
akhirat kau letak di mana?"

Bermulanya langkah menjauhkan diri
Lorong hitam makin sunyi tak menyanyi
lagu nafsu serakah yang meronta
jelas menunggu sengsara

Seksaan neraka menanti
Andai diturut apa yang dipinta
Taubat pasti dinanti
Andai telah melakukan dosa

Karya: Kuje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...