3 tahun 3 puluh
Langkah disekat jalan mana tumbuh
Lima tahun sabar mengeluh
Pangkah berpakat tak tahan ke subuh
6 tali tambat 5 tiang pegangan
Hadam erti ingat juang akhir zaman
Tanam hati bersemat wang dari tangan
Pejam nanti dapat kurang beban seksaan?
1 ratus darjah malar
Serak garam naik mencakar
Habis haus datang lapar
Banyak ragam asyik menjalar
Karya:Kuje
Isnin, 27 Ogos 2018
ANGKAra
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 6:10 PTG 0 kenyataan
Labels: Marah
Ahad, 12 Ogos 2018
Bicaralah Akal
Otak lembu
Tiada akal
Tanpa ilmu
Tutur dangkal
Sebar berita
Selidiklah dulu
Sebar cerita
Sumberkan dulu
Bila susah jangan membazir
Ukurlah baju di badan sendiri
Bila belanja belajar berfikir
Biar papa asal bergaya lagi???
Kata orang lukisan buruk
Kata kita berus yang teruk
Nasihat orang berlatih lagi
Nasihat kita berus diganti
Dua dekad hidup berseni
Dua tahun jalan berkemudi
Dua minggu dipandang sunyi
Dua bulan angkatlah kaki
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:48 PG 0 kenyataan
Labels: Marah
Akhirul Zamaniah
Rumah sewa lamborghini
Sudah berbudi dengan wang
Yang di ketepi anak sendiri
Yang di TV hai anak orang
Bersanggul hawa bak bonggol unta
Baju yang jarang yakin ke syurga
Azan berkumandang mata di TV
Tiga rakaat drama sehari
Asal lelaki jadi perempuan
Asal betina jadi jantan
Hidup ghairah membilang harta
Mati gelisah menghitung dosa
Di corong radio berlagu gila
Diputar berkali "asyik dia,dia"
Suami bercakap ditutup telinga
Artis bersuara disengkang mata
Hasil getah, Tuhanlah yang beri
Andai susah, pangkah biru lagi
Pandaikah memasak, menjaga anak
Harga sahaja mahal, nasi tak ditanak?
Belum lahir ada IG
Anak artis dewa dewi
Kelmarin damai gaduhnya hari ini
Berebut rantai orang yang dah mati
Dengan amal bukan pakaian
Syarat ke syurga dengan rahmatNya
Andai ramai yang mengaku intan
Bersinarlah permata aku tak berharta.
Dibela haiwan menunjuk kasih
Makan tak diberi tahinya yang bersepah
Bercerita sakan Profesor Terpilih
Ilmu tak tinggi autanya tak tentu arah
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:44 PG 0 kenyataan
Labels: Tertanya-tanya
Api Siasah Neraka Menjengah
Jembalang bertocang menyalakan api...
jaguh media sosial
Penjulang siasah kebakaran dihadapi...
Teguh mencumbu sial
Pegangan bukan sekadar tiang yang lima
Perjuangan bukan bersandar perang semata
Perbedaan...dirai
Penghinaan...dikeji
INGAT
Hidup bertebaran di bumi Allah,
perintah Al-Quran di "nanti-nantilah"
Senang kenyang rezeki dari Allah
kaya sedikit hina yang susah
Kaum Muda Kaum Tua
Mazhab empat tiada beda
Harum syurga seksa neraka
Rahmat Tuhanlah penentu kita.
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:59 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Rayuan Sebuah Episod Duka
Mata tak terpejam diriku tak kenal
Direngsa semalam ulangi ku kesal
Khabarnya rindu ternyata pilu
Rayu waktu putar detik itu
Kata tak terluah lidah binasa pendam
Betapa parah masa biasa kejam
Hari cerah bisa mendung kelam
Dipetik bintang penyeri malam
Cahaya adalah rezeki
Kaya zaman membesar
Cahaya yang menemani
Warna angan dan sedar
Jam tangan yang berputar... lawanlah paksi
Kenangan lalu yang pudar... datanglah kembali
Agar ku sempat menatap langit saat terang hilang
Agar sempatku ucapkan selamat tinggal bintang...
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:42 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa