BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Jumaat, 6 Ogos 2010

Derita rindu..

sepi hatiku bersendirian
dikala gembira,tiada erti rasanya
dikala hiba,tiada berteman
termanggu aku keseorangan
terdiam bisu tanpa kata

ku cuba pejam mata
cuba mencari ketenangan
namun dalam gelap gelita
raut wajahmu yang menjelma

begitu hebat rinduku padamu
seperti emosiku dipermainkan
tidak ku nafi kebenarannya
walau luaranku mendustakan

dalam gembiraku,ada sebaknya
tangisku tak ternampak oleh sekeliling
hanya diriku yang perit menahan hiba
sendiri menanggung derita
derita yang entah bila akan lenyap
lenyap untuk diganti dengan sinar bahagia

karya:saiber

Isnin, 26 April 2010

Penantian

sepanjang perkenalan kita
telah begitu banyak harapan yang aku sandarkan
impian untuk hubungan cinta ini
agar fantasiku menjadi realiti kelak

namun dengan satu jurang
fantasiku menjadi kelam
lantas menyembunyikan realiti yang aku inginkan
aku pasrah menuruti segalanya

penantian kini menjadi peganganku
biarlah aku menjadi penunggu cintamu
untuk aku persembahkan keikhlasan cintaku suatu hari nanti
sayang,selagi dirimu tak berteman
tidak akan tersia penantianku

namun,segala yang akan aku terima kelak di akhir penantian
aku redha walaupon perit yang ku terima
asalkan engkau berbahagia,aku gembira
hanya satu yang ingin ku ucapkan
aku cinta padamu

Selasa, 16 Februari 2010

Aku Mesti Pergi

Lihatlah aku kini
Kau lihat dari jauh aku pergi
Tanpa simpati
Kau tak ingin perhati

Nikmatilah
Hidupmu yang terlalu indah
Hatiku yang gundah
Sekian lama resah

Rindu,Aku takkan mengaku
Persiakan sahaja semua itu
Ku tahu kau merelakan aku
Menyatakan perpisahan yang aku tak termampu

Pernah aku bertanya
namun tiada jawapan darimu
Penat aku menunggu
Kau masih begitu

ku akhirkan cinta
kenangan kita mudah kau lupakan semua
ku hilangkan diri
Membawa hati yang telah kau lukai

karya:Kuje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...