Hanya Allah yang tahu
Jiwa ini kegelisahan
Hati ini perlukan hidayah-Mu
Aku masih gagal dalam Ramadan
Hidup selalu rasa sendirian
Kehadiran si dia tak memberi kesan
Meronta-ronta
ku inginkan perubahan
Mencuba menerpa
ke arah kebaikan
Syawal tak terisi senyuman
Andai ku abaikan kewajipan
Syawal tak dihuni kebahagiaan
Andai ku ingkar perintah Tuhan
Impian Ramadan hilang bersama aku
Hanyut kembali dalam perjalanan dahulu
Ku lihat langit masih tiada bezanya
Bintang gemerlapan masih bercahaya biasa
Harapan
kini menanti masa yang bernyawa
Kenangan
kini tangisi duka nestapa
Ku tunggu detik lenyapnya hiba
Ku nanti saat girang itu tiba
Karya: Kuje
Khamis, 8 Ogos 2013
Impian Ramadan
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 3:46 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Jumaat, 26 Julai 2013
Ikhwanul Muslimin
Saling memberitahu apa yang kita tidak tahu,
Saling mengingatkan apa yang kita sudah tahu,
Melalui lisan mahupun tulisan,
Melalui audio mahupun video,
Secara peribadi mahupun secara umum,
Seorang diri mahupun sebagai makmum,
Tentang ukhrawi mahupun duniawi,
Ilmu akhli mahupun nakhli,
Kerana kita saling bersaudara.
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 7:08 PG 0 kenyataan
Labels: syukur
Selasa, 23 Julai 2013
Aku Pemuzik Anak Orang Kaya
Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ajar aku jadi sehebat Joe Satriani
Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Radio, putarkan laguku acapkali
Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ramai gadis sedang menanti
Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Keluar TV setiap hari
Aku pemuzik anak orang kaya
Banyak duit
Ku mampu beli populariti
Aku pemuzik anak orang kaya
Ada duit
Semua jadi.
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 3:15 PTG 0 kenyataan
Labels: Bangga

