Telah ku pendam rasa itu berulang kali
Bila ku jatuh cinta ku berpura diam
Akhirnya hanya bayanganmu sahaja yang ku miliki
Iringi malam-malamku bersama kenangan silam
Dia bakal bergelar doktor
Tak mungkin rasa itu dia ingat lagi
Aku pula hanya raja diktator
Dalam kerajaan sendiri
Tanpa permaisuri
Dia kini langit dan aku kini bumi.
Bertahun-tahun selepas kekecewaan hati
Setelah permaisuriku membawa diri
Setelah permaisuriku dibawa lari
Setelah permaisuriku tak mempertahankan aku lagi
Setelah aku ditolak ke tepi
Setelah aku disakiti
Tiada percayanya aku pada kasih
Kerna rintihan selama ini merobek jiwa yang pedih
Tiada gunanya aku menyayangi
dengan sepenuh hati
Gadis yang belum ku nikahi
Gadis yang hidup denganku bukan sebagai isteri
Ku nanti takdir Ilahi
Munculnya bidadari dunia ini
Yang akan ku rindui pasti
Selama mana aku masih ingin mencintai...
Karya: Kuje
Ahad, 25 November 2012
Selama Mana Ku Masih Mencintai...
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:24 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Selasa, 20 November 2012
Intan Dalam Kaca
Selamat pengantin baru kepada mu
Semoga berbahagia dengan jodoh yang sudah tertulis untukmu.
"Aku belajar banyak benda dari kau,
banyak perkara dan sememangnya aku tak kan ada perasaan cinta terhadap perempuan yang bukan muhrim selagi tak bergelar isteri."
Terima kasih kerana mengajarku apa erti sebenar cinta sejati.
Terima kasih juga kerana tak menjemputku ke walimatulurus mu.
InsyaAllah, nanti aku kahwin, aku jemput kau, suami dan bakal anak-anak kau.
"Aku bukan orang baik dan selayaknya bukan dengan kau. Aku faham apa maksud "I bukan yang terbaik untuk U".
Aku dah cuba cari yang terbaik dan yang lebih baik tapi yang lebih baik itu mencari yang lebih baik dari aku.
Aku tak dapat sebutir intanpun dalam ribuan intan itu.
Mentang-mentanglah aku pemuzik yang masih belum sempurna tingkahku dan amalan ku.
Tak mengapa, dalam ribuan kaca pasti ada sebutir intan. InsyaAllah.
Jika intan menolakku, aku akan mencari intan yang berada dalam ribuan kaca itu sedaya yang ku mampu.
Terima kasih.
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:30 PG 0 kenyataan
Labels: Berkobar-kobar
Ahad, 4 November 2012
Ku Redha
Bukan aku...bukan aku yang kau cari selama ini
Tak perlu ungkapkan lagi
Bahawa kau bukan yang terbaik untukku
Kerna hakikatnya aku bukan yang kau mahu
Tingkahku tak sempurna
Paras rupaku biasa
Tutur kataku tak bisa
Memiliki puteri idaman arjuna
Ku hapus luka dengan airmata
Nyatakan tentang aku yang terseksa
Kau anggap ku tak redha
Takdir Yang Maha Esa
Sememangnya ku tak rela
Perpisahan yang kau pinta
Apakah aku masih bermakna
Jika kau sudah berumahtangga?
Ku doakan kau bahagia
Dengan pilihan yang kau cita
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:47 PTG 0 kenyataan
Labels: Pasrah
Ahad, 28 Oktober 2012
Kesilapan Angan Impian
Kesilapan yang ku ulangi
Kesilapan lalu yang ku tangisi
Kesilapan yang selalu ku ratapi
Kesilapan aku, ulanginya lagi
Kesedihan ku akui
Tafsirkan perasaan ini
Yang merengsa jiwa
Terdampar ku dengan air mata
Hadirlah kau sang puteri
Temani ku pulihkan diri
Dari jiwa yang goyah ukhrawi
Gagah duniawi
Ke jalan Ilahi
Pertemuan sentiasa tak berkesempatan
Cinta yang ku dambakan
Rindu yang ku angankan
Hanya bertamu dalam impian
Ku tahu bahteramu
bahtera impian
Ku tahu nakhodamu
Nakhoda pujaan
Ku tahu jodoh Allah s.w.t yang tentukan
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 4:25 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Kamu Kekasihku..
Malam itu kian melangkah pergi..
Ditemani desiran hujan yang mencurah..
masih aku termanggu, kesendirian kesepian..
Di hati masih merindui kekasihku di sana..
Apakah ini dugaan untuk diriku..
Akibat merindu..
Namun, bagiku rindu itu indah..
indahnya mengatasi derita..
kerna aku sayangkan dia..
Di hati ini juga, ku hamparkan permaidani cinta..
Untuk dirinya..
menanti dia untuk melaluinya,pasti aku akan jaga..
kamulah kekasihku..
Karya : Saiber
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:57 PG 0 kenyataan
Labels: Rindu
Khamis, 18 Oktober 2012
Curang
Peritnya rasa akhiri
Perhubungan ikatan janji
Diriku kau curangi
Mana ihsan mana simpati
Sebaknya dada tika ku ketahui
Kau bermesra dengan insan lain
setiap kali
Dimana aku dalam hatimu
ketika itu
Adakah sesuatu
Kau sembunyikan dariku
Menghiris kalbu
Perasaan terluka kernamu
Tinggalkan ku
Ku korbankan kebahagiaanku
Untukmu
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:54 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Ahad, 8 April 2012
Mimpi Indah
Seandainya mimpi indah ini
bukan ilusi
datang kembali
ku akan menanti
Biarpun hanya sedetik
ku akan hayati
Mata yang melirik
menambat hati
Kau di hadapanku mengajar ABC
Ku di awangan sambil mengarang puisi
Kau kemudian mengajar angka
Ku menghitung hari bahagia kita
Sehingga kau pelawa
Tumpangkan aku balik dengan kereta
Ku sedari
Ku bermimpi
Ku tahu penghujungnya hampir tiba
Sebelum terjaga dari lena
Ku memohon pada Yang Maha Esa
Agar makbulkanlah doaku
Moga di dunia
kau akan ku temu
Moga di dunia
kau cinta sejatiku
Moga mimpi ini
menjadi realiti
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 3:45 PG 0 kenyataan
Labels: Pasrah
Isnin, 16 Januari 2012
Lupa kawan
Hari ini ku mula menyedari
Teman-teman yang dulu sama-sama mengaji
di sekolah atau institusi pengajian tinggi
Teman-teman yang dulu dikenali sebagai wira dan wirawati
Sudah jarang ku hubungi.
Bila ku hantar pesanan berbunyi begini
"Andakah ini?
Ini aku teman lamamu untuk mengenalpasti."
Tiada maklumbalas yang diberi
setelah aku tidak kau kenali
Dengan mudah kau buat tak peduli?
Persahabatan kau umpamakan seperti pencungkil gigi
Bila diperlukan,kau akan ambil walau nilainya hanya sebatang lidi
Bila hajatmu sudah dilaksanakan nanti
Pasti kau buang, tak ingin lagi, rasa geli.
Ku menunggu bilakah antara mereka kembali menghubungiku
Kenal diriku, sudah cukup sebagai tanda teman sejatiku
Biar kenangan kita telah berlalu
seiring dengan kita yang sudah tak berada di situ.
Di mana terjalinnya ikatan erat
sebagai seorang sahabat
sebelum menjadi orang yang hebat
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 4:28 PG 0 kenyataan
Labels: Kecewa