Aku hilang dalam kegelapan
Hanyut dan terus hanyut
Melewati setiap kenangan
Sedangkan padanya pengajaran untuk ku berpaut
Ku simpangi jalan itu
Arahku kian bercelaru
Hidup tak menentu
Aku tak kenal siapa aku
Tak mengenali diri
ku hilang identiti tiada naluri
Jalan benar yang ku cari-cari
Moga kan ku temui suatu hari nanti
Karya:Kuje
Sabtu, 24 Disember 2011
Pencarian Demi Kehilangan
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 12:33 PG 0 kenyataan
Labels: Serba-salah
Khamis, 22 Disember 2011
Bila Laguku Tiada Yang Mendengar
Ku ceritakan kisahku dalam lagu
Ku tuliskan segala yang telah berlaku
Pahit manis suka dukaku
Dalam bahagia tangisku
Bernada sedih
Jiwa merintih
Bicara ku fasih
Walau hakikatnya ku tersisih
Ku nyanyi sendirian
Hanya 'tuk luah perasaan
Biarlah tiada perhatian
Ini sekadar perkongsian
Biarkan melodi ini berlegar
Dalam ruangku tanpa pendengar
Kerana kisahnya hanya aku
dan dia suatu ketika dahulu
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 2:58 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Sabtu, 10 Disember 2011
Seketika Perkenalan Selamanya Perpisahan
Sedetik ku merenung jauh ke dalam ingatan
sesaat ku mengulit kenangan
Yang terindah tika meluahkan perasaan
walau seketika perkenalan selamanya perpisahan
Kini ku jauh dari persimpangan
mengikut arus yang bertentangan
Kecewa tak berkesudahan
diriku kau tinggalkan
Hati rindu walau pada bayangmu saja
cinta yang terbiar jiwa merana
Sampai bila ku harus begini
Menanti dirimu yang takkan kembali
Menerima takdir Ilahi
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:38 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Kegagalan adalah Kejayaan
Kadangkala hati tak mampu bertahan
susuri jalan yang kesunyian
kelmarin tangisi kegagalan
Hari ini raikan kejayaan
cari kembali impian yang dibayangkan
muncul lenyap dalam ingatan
Dulu terarah untuk penyesalan
fikirkan nasib masa hadapan
Diri yang kelemasan
Dihimpit kekecewaan
Diri yang tak keruan
Diulit kesedihan
Bangkit kini dengan senyuman
Realitikan angan-angan
Fantasikan kenyataan yand menghiris perasaan
Karya: Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:32 PTG 0 kenyataan
Labels: Berkobar-kobar
Rabu, 12 Oktober 2011
Perosak
Oh lipas,
larianmu sungguh pantas
andai kau dekat ku libas-libas
kau ingat kau mudah terlepas
Oh lipas,
jangan kau hinggap di muka ku rimas
ku semburkan shieldtox hingga kau lemas
kerna habis semuanya kau 'kebas'
Perosak bukan dari angkasa lepas
Kebuasanmu membuat ramai orang cemas
Kegelian terhadapmu tahap teratas
"Berwaspada lipas ini ganas!"
Citcit...citcitcit..
Suara yang kau keluarkan pabila ku suluh lampu picit
Bila ku kejar kau lari mencicit
Mana kau bersembunyi binatang kenit
Cencorot berani diam bersembunyi dalam kelam
Tikus berlari berbunyi bila diri dikehendaki
Lari!lari!lari!bersembunyi
Manusia datang bawa penyapu lidi
"Zass!!!"
Rasakan pabila kasutku hancur kau mamah rakus sekali
"Zass!!!"
Rasakan pabila lantaiku kau penuhkan dengan tahi
Ku buat perangkap lagi
Jangan kau cuba lari
Sesekali tersalah langkah hidup atau mati
Usah kau ke mari lagi ajal kau temui nanti
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 12:52 PTG 0 kenyataan
Erti Kehidupan
Perjalanan
Seluruh jiwa ragaku korbankan
Hati berdebar
Perasaan merusuh diri tercabar
Bayangan tekanan
Aku kesempitan
Tak mahu melihat kejatuhan
Impikan kejayaan
Inilah erti kehidupan
Harus tempuhi dugaan
Dengan penuh syukur ke hadrat Tuhan
Lemparkanlah senyuman
Walau dalam tangisan
Kejar kebahagiaan
Tinggalkan kesedihan
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 12:22 PTG 0 kenyataan
Labels: Pasrah
Khamis, 6 Oktober 2011
Harapan janji
Harapan yang tinggi
Tanggapan yang terlalu positif
Terhadap diri
Yang sudahpun beralih pasif
Kadangkala terasa
Seperti menjerat jiwa raga
Kerana janji harus dikota
Terjerat dengan kemalasan mega
Dalam perjalanan melalui rintangan dunia
Apa nasibku kelak tiada terduga
Menghitung hari yang akan tiba
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 8:27 PTG 0 kenyataan
Labels: Serba-salah
Selasa, 13 September 2011
Terdayakah
Perjalanan yang jauh
Takkan bisa berjaya ditempuh
Seandainya tiada pembakar
Semangat yang kian pudar
Turun naik, jatuh bangun
Tangis dan tawa, suka dan duka
Dalam lena dan jaga
Kita hadapi bersama
Sehingga kini masih kau sudi menemani
Siang malamku dan kesedihanku tak bersendirian
Apakah masih teman sejati
Selamanya pasti
Atau kan berakhir
Ku harapkan keakraban sentiasa
Sahabat yang baik membawa ke syurga
Semoga diberkati Tuhan
Cekalkan hati menempuh dugaan
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:06 PG 0 kenyataan
Labels: syukur
Ahad, 7 Ogos 2011
F.I.L with you
I thought it's hard to be like this,
The beginning of my paradigm shift,
I like her!
I like her too!
Also her!
But...
She has a secret admirer now,
she said in her fb status,
someone invite her to get engage.
She didn't interested in love.
Huh...
Which one is my inspiration?
You?You? or You?
I'll sing for you every night before you sleep tight.
I wrote many songs for you.
It's about us,
my true love.
But promise me,don't leave me,
don't look,
don't think about what they have been done...to me,
for a long time ago.
Never know who are you,
that will be the queen of my heart.
Hope you won't spot my tears when i'm yours...
Appointing you, is my dream.
Come to me,
I stay here..I'm waiting you,here...
Because you are my destiny.
By:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:28 PTG 0 kenyataan
Labels: Rindu
Kerna Guruh Di Langit
"Saban waktu guruh berdentum kuat,
Hujan masih juga tidak menitis laju ke bumi,
Menanti detik yang amat berat,
Tertinggallah aku di sini..."
Al-kisah tentang aku yang menunggu,
Dan akhirnya terlena dibuai mimpi ngeri,
Di manakah aku?
Mengapakah keadaan jadi begini?
Memerhati dan merancang bila masanya aku mahu melangkah pergi,
"Kapankah hujan akan ke mari?",bicara Tanah,Flora dan Fauna duniawi.
Mereka jenuh meyakinkanku untuk menjejakkan kaki
"Aku tak mahu,aku tak mahu!Aku tak berani!Hujan seakan pasti!
Tiada perlindungan,diriku akan dibasahi air dari langit yang tinggi",getus hatiku.
Kemudian aku tenangkan diri.Tidak mahu menanggung risiko ini,
aku tidak bergerak ke mana-mana berhari-hari.
Sehinggalah panas terik kembali,
tubuhku sudah tidak bermaya lagi.
Menunggu hari mati.
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:12 PTG 0 kenyataan
Labels: Ralat
Hati
Aku bukannya jaguh handalan,
pabila bersuara,
Khalayak tumpukan perhatian,
Realitinya pabila ku bersuara,
semua alihkan perhatian mereka.
Kasihan si kurus melidi,
Berdiri bermadah berpuisi,
bersuara tinggi,
tidak ada siapa yang peduli.
Mari sini,mari sini!
Sudikah saudari luangkan masa sejenak untuk menemani
Dengan berlatarkan cerita yang aku ingin kongsi?
Saudara,mungkin sesekali kita bersua
Dalam blog inipun jarang kita berjumpa
Saudari,cerita saya kadangkala menyakitkan hati,
kadangkala anda boleh rasa dan alaminya sendiri,
apa yang berlaku kini.
Hati,hati,hati atau Hati-hati hati?
Atau hati hati-hati?
Hati,hati,hati.
Keluhan,mengapakah semua perkara menyebabkan luluhnya hati,
Kita gembira beberapa ketika sahaja
daripada hari-hari kesedihan kita yang berpanjangan.
Hati,hati,hati,
mempengaruhi diri ini.
Hati-hati hati,
jaga daripada termakan janji-janji duniawi.
Hati-hati hati,
jangan terluka lagi,
jangan biarkan,
benarkan kamu dilukai....
Hati hati-hati memang kadangkala terlalu memilih,
cerewet,
Sukar menerima,
untuk diterima sebagai buah hati kerana hati ini hati-hati..
Hati,hati,hati...
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 1:08 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Khamis, 28 Julai 2011
Mencari Identiti
Penat sungguh berlari
Izinkan aku berhenti rehat di sini
Menarik nafas pilu sendirian
Saat sekeliling melagukan tangisan
Tangisan sedih menyentuh perasaan
Bukannya kau sengaja ku tinggalkan
Aku bagaikan pelarian
Mencari identiti duhai insan
Identitiku sukar dimengerti
Identiti sukar ditemui
Dalam kesamaran yang abadi
Arah yang mati...terhenti
Aku kehilangan diri ini
Aku kehilangan pendirian kini
Aku kehilangan sejati
Aku kehilangan segala yang telah ku miliki
Mencari...dan terus mencari
Jiwa yang hakiki
Naluri seorang lelaki
Menyatakan aku tidak lagi ditemui
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 10:31 PTG 0 kenyataan
Labels: Serba-salah
Selasa, 28 Jun 2011
Luahan Titisan Airmata
Terperangkap dalam sangkar rindu
yang telah lama mati menghantuiku
Saban malam menangisi setiap pemergianmu
Silih berganti satu persatu
Kian bercelaru
Memikirkan dirimu!dirimu!dirimu juga!aku rindu
Meluluhkan hati walaupun senyumanku nampak benar palsu
Kedukaan tetap menguasai lamunanku
Ku tahu kau bukan untuk ku
Begitu juga engkau yang semakin jauh,membenam kenangan lalu
Begitu juga engkau yang telah lama pergi,akhiri diari cinta sejati
Begitu juga engkau yang sejenak ke mari
Ku impikan bunga yang mekar
Ku mimpikan kekecewaan yang sifar
Direalitikan kenyataan yang tegar
Tanganku menggeletar,hati berdebar
Berpaling arah wajah pemilik hati yang resah
Paling indah antara kita apabila perasaan parah
Haruskah aku tabah?
Menerima ketentuan jodoh kita berakhir sudah?
Ku alihkan pandanganku yang penuh keluh kesah
Ku pejamkan mata yang seakan makin membasah
Mengenangkan kasih yang hancur dimamah
Aku mulai berubah
Cerita kita sudah lama tidak berbuah
Bila berbuah,dahannya pula yang patah
Bila dahannya teguh pohonnya pula yang rebah
Tidak termampu lagi walaupun seluruh tenagaku kerah
Ku pejamkan mata berkali-kali
Ku harapkan dikau kembali
Dalam angan yang sudah tidak bererti
Kerutan dahi menitiskan air mata kini
Ku kesatkannya,menerima ketentuan Ilahi.
Tidak mahu menangis lagi
Dan kecundangnya kita menghukum diri sendiri
Tangisan tak henti-henti
Tak bermakna lagi pengorbanan dan janji
Tak bermakna lagi madah dalam berpuisi
Tak bermakna lagi kata-kata mencuit hati
Yang bermakna kenangan yang mengguris hati
Yang bermakna bila kau menjauhkan diri
Yang bermakna bila kau sudah ada pengganti
Yang tidak pernah ada makna bagimu kesetiaanku untuk menanti
Diketepi,diketepi,diketepi...
Setiap titisan penuh lara
Setiap kesedihan penuh sengsara
Akanku terima...
Untuk selamanya yang kau pasti
Insan yang pernah kau cintai
Terbiar kini dengan janji ikatan suci
Dengan hanya berfantasi
Cinta kita pasti kekal sehingga kini
Saatku bermimpi
Kau masih ku miliki lagi
Usah berdiam diri
Biarkan ku menanti dalam taman yang sunyi...
sepi.......sampai bila harusku begini...sampai bila
sampai bila sakit begini
sampai bila......
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 3:06 PTG 1 kenyataan
Labels: Kecewa
Selasa, 21 Jun 2011
Cinta Kita Terhenti Di Sini
Sayang
aku tak mampu meneruskan perhubungan kita lagi
Semakin aku gagah melayari bahtera cinta kita
semakin aku menghampiri masa depan yang tak bererti
Sudah bertahun kita kenal
sudah dua dekad kau mendampingiku
namun aku masih tak berdaya mempertahankan kasih suci
MALAS
aku mengkagumi pengaruhmu
walaupun meniti disetiap bibir insan atas dasar dibenci
kerana sifatmu
Aku tetap menyayangimu sepenuh hati
Biar nanti orang tahu
keranamu aku mati
kita serasi
sayang sekali kita tak pernah bersua
Hadirmu hanya dapat kurasakan
namun kesetiaanku padamu takkan ku mungkiri
Sayang
maafkan aku...
Maafkan aku kerana aku tak mampu
Tak mampu untuk terus menipu
Hanya dikau yang tahu
betapa aku merindui si dia yang pernah aku miliki suatu masa dahulu,
ketika kau pergi jauh...
Aku tetap merindui RAJIN
biarpun ketika bersama kau ketika itu
Dia cinta sejatiku
sebelum kau taburkan dusta padaku
dan aku ingin bersamanya semula
kerana sinar harapanku ada padanya...
Sayang
usah kecewa
kerana aku tahu kau setia.
Masih ramai insan disana yang ingin berkasih denganmu
Cukup sudah MALASku
ku akhiri luahan ini dengan SALAMku
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 10:47 PTG 0 kenyataan
Labels: Kecewa
Sebenarnya aku dalam dilema...
Lemas dalam kehampaan
Bila nafsu sedang melemaskan
Satu-persatu aku lakukan
Sorotan cerita yang memilukan
Kerengsaan tika menyesal
Melakukan kesilapan yang aku kesal
Perjalanan yang dipenuhi aral
Langkah yang kadang-kadang terkial-kial
Terkesima apabila itu yang terjadi
Aku sudah tidak berdaya lagi
Termaksima perbuatanku
Dalam dilema pilihanku
Ku pemburu buta mendengar suara arah bukannya satu
Gambaran perasaan sebenar yang tak kan berlalu
Langkah ke depan kan terlanggar batu
Tersadunglah aku
Langkah ke belakang akan terpijak paku
Terlukalah aku
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 10:42 PTG 0 kenyataan
Labels: Serba-salah
Isnin, 13 Jun 2011
Keranamu Sejati
Mengatur langkah kembali
Memburu cinta dalam kesamaran
Tiada cahaya yang menerangi
Yang tinggal hanya cebisan perasaan
Menyayat hati saatku berdiri
Terkubur sepi sebuah mimpi
Antara aku dan dia dalam gelanggang cinta
Terpadam sudah kenangan yang kita bawa
Dahulu angin berbisik
Hujan rintik-rintik
Kini tiada apa yang menarik
Setelah panas terik
Tiada lagi helaian kertas untukku carik
Nukilkan puisi...perasaanmu yang cuba ku tilik
Gubahkan lagu...hatimu yang tak bermilik
Kaulah bunga yang tak terdaya untuk ku petik
Masih mencari mana silapnya
Kemesraan yang lenyapnya nyata
Dalam perhubungan kita
Adakah diriku kau benci
Adakah dirimu sudah ada pengganti
Adakah aku sahaja yang menanti
Adakah salahku mengguris hati
Karya:Kuje
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 11:27 PTG 0 kenyataan
Labels: .....
Ahad, 15 Mei 2011
Sesalanku Tangisanmu
Terdiam ku melihat engkau melangkah
Langkahmu penuh keluh kesah
Tunduknya aku yang kian resah
Apakah pilihan ini yang membuat hatiku gundah
Ku tak pernah membiarkannya berlaku
Dan tak pernah inginkan dirimu berlalu
Bukan ku sengaja memilih dia
Bukan mahuku...dan kini kau terseksa
Bawalah ku bersama
Bukan ini yang ku pinta...dalam cinta
Usah biarkan diriku dipenjara
Dalam mahligai airmata
Maafkan...sudah begini suratan
Takdir kita mengakhiri kebahagiaan
Di sebuah perhentian
Yang penuh dengan tangisan...
Diluahkan oleh Kenyataan perasaan pada 4:00 PTG 0 kenyataan
Labels: Serba-salah