BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Isnin, 7 Januari 2013

Lorong Itu

Terpandang lorong itu
Jalannya menitiskan airmataku
Dipenuhi kupu-kupu malam
Berdendang dalam dakapan beragam

Drama bersambung di dalam
Hilang bayangan dalam kelam
Luahkan apa yang terpendam
Biarpun sudah hampiri curam

Lemas aku dengan lirikan manja
keghairahan keseronokan sementara
"Dunia kau yang punya
akhirat kau letak di mana?"

Bermulanya langkah menjauhkan diri
Lorong hitam makin sunyi tak menyanyi
lagu nafsu serakah yang meronta
jelas menunggu sengsara

Seksaan neraka menanti
Andai diturut apa yang dipinta
Taubat pasti dinanti
Andai telah melakukan dosa

Karya: Kuje

Ahad, 25 November 2012

Selama Mana Ku Masih Mencintai...

Telah ku pendam rasa itu berulang kali
Bila ku jatuh cinta ku berpura diam
Akhirnya hanya bayanganmu sahaja yang ku miliki
Iringi malam-malamku bersama kenangan silam

Dia bakal bergelar doktor
Tak mungkin rasa itu dia ingat lagi
Aku pula hanya raja diktator
Dalam kerajaan sendiri
Tanpa permaisuri

Dia kini langit dan aku kini bumi.

Bertahun-tahun selepas kekecewaan hati
Setelah permaisuriku membawa diri
Setelah permaisuriku dibawa lari
Setelah permaisuriku tak mempertahankan aku lagi
Setelah aku ditolak ke tepi
Setelah aku disakiti

Tiada percayanya aku pada kasih
Kerna rintihan selama ini merobek jiwa yang pedih

Tiada gunanya aku menyayangi
dengan sepenuh hati
Gadis yang belum ku nikahi
Gadis yang hidup denganku bukan sebagai isteri

Ku nanti takdir Ilahi
Munculnya bidadari dunia ini
Yang akan ku rindui pasti
Selama mana aku masih ingin mencintai...

Karya: Kuje

Selasa, 20 November 2012

Intan Dalam Kaca

Selamat pengantin baru kepada mu
Semoga berbahagia dengan jodoh yang sudah tertulis untukmu.

"Aku belajar banyak benda dari kau,
banyak perkara dan sememangnya aku tak kan ada perasaan cinta terhadap perempuan yang bukan muhrim selagi tak bergelar isteri."

Terima kasih kerana mengajarku apa erti sebenar cinta sejati.
Terima kasih juga kerana tak menjemputku ke walimatulurus mu.

InsyaAllah, nanti aku kahwin, aku jemput kau, suami dan bakal anak-anak kau.

"Aku bukan orang baik dan selayaknya bukan dengan kau. Aku faham apa maksud "I bukan yang terbaik untuk U".

Aku dah cuba cari yang terbaik dan yang lebih baik tapi yang lebih baik itu mencari yang lebih baik dari aku.

Aku tak dapat sebutir intanpun dalam ribuan intan itu.
Mentang-mentanglah aku pemuzik yang masih belum sempurna tingkahku dan amalan ku.
Tak mengapa, dalam ribuan kaca pasti ada sebutir intan. InsyaAllah.

Jika intan menolakku, aku akan mencari intan yang berada dalam ribuan kaca itu sedaya yang ku mampu.

Terima kasih.

Karya: Kuje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...