BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 25 Ogos 2009

Persinggahan Yang Tak Bermakna

Secangkir simpati ku inginkan darimu
wahai kekasih hati
Sanggupkah kau melihat aku
terdampar di pinggiran duka ini

berdosakah aku menginginkan sejati
sedangkan itu yang perlu aku hayati
pengorbananku selama ini
kau anggap ku berfantasi

seringkali ku dipersalahkan walaupun tak bererti
hatiku yang terluka tidak pernah kau peduli
apakah aku hanya persinggahanmu yang tak bermakna lagi

airmataku menitis ke bumi
tanda keperitan yang menyeksa diriku ini
ku harap kau mengerti
diriku sedang dirundung sepi

Penulis lirik:Kuje
Komposer:Gohan/Saiber/Kuje

Kewujudan Tak Dirasai

Aku ada disini namun tak siapa sedari
aku ada disana namun tak siapa sangka
aku menjelajahi dunia namun tiada sesiapa
bertegur sapa berbudi bahasa antara mereka

Aku sedang menyuruti jalan-jalan yang menyeksa diri
Lampu kalimantang menerangi pencinta ilmu yang sabar menanti
kejayaan mereka bukan datang sendiri
Beruntunglah mereka kerana ilmu yang ada
ramai datang mencari mereka biar jauh sekali
begitulah aku ketika dahulu jika kau masih ingat lagi

malang bagiku ditempat ini
rasai kewujudan yang tak dihargai
bukanku tujukan buat teman-teman yang sejati
khas luahan ini untuk wanita-wanita yang mengenali tetapi tak ambil peduli

terima kasih atas nasihat-nasihat yang diberi
tahniah kepada yang melayari halaman ini
kita akan bersua bila ada rezeki
karya-karyaku tetap akan bersemadi disini
walaupun kewujudanku tak dirasai

karya:
Kuje

Isnin, 24 Ogos 2009

Aku Akan Pergi Dari Sini, Jauh.........................Ke Sana

Aku akan pergi dari sini
tak berapa lama lagi
uitm bukan rezeki
kecundangnya aku adalah titik permulaan hasrat ini
usah bertanya wahai teman yang mithali
ke mana arahnya aku akan pergi

Aku sudah tak berdaya untuk yakin pada diri sendiri
kelas menuntut ilmu semuanya aku tak hadirkan diri
tugasan yang diberi tak pernah aku lunaskan selama ini
Puan Nazhatul,Encik Albar,Cik Shikin dan pensyarah-pensyarahku yang dihormati
maaf dipohon kerana kejayaanku di universiti seakan terhenti
atas pendirian yang sudah lama terpuruk di pinggiran hati
aku gagahi semua ini biarpun kekuatan aku telah lama mati
mungkin satu hari nanti aku akan kembali
bukan di sini
tetapi di atas corak masa hadapan yang aku sememangnya pasti

rengsaan tak mahu pergi
seksaan bertubi-tubi
aku bukan insan cekal yang tabah menghadapi
dugaan ini hikmahnya aku hayati
segala nikmat dari-Nya aku syukuri
namun bukan ini yang aku ingin miliki
walaupun di kampus ini
sudah ramai sahabat yang aku kenali
dari insan seni sehinggalah yang baik budi
ku hormati kalian yang sejati
menghargai petikan gitarku yang tak sehebat Joe Satriani
adalah sesuatu yang aku kagumi
teruskan perjuangan dengan niat yang suci
tidak semestinya aku pergi
kita takkan dapat berjumpa lagi
aku doakan kejayaan kamu semua di uitm ini
semoga dapat mencapainya tanpa halangan yang buat perjalananmu terhenti...

karya:
Kuje

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadanku Di Rantauan

Kokokan ayam tak ku dengar bersahut lagi
kicauan burung bahasa terindah yang tak ku fahami
cahaya yang bermega-mega mula menakluki pagi
kabus yang meliputi ruang udara ku perhati
tanda kesegaran yang nyaman sekali

namun ibu,ayah,abang-abangku&adik-adikku nun jauh menanti
kejayaan yang tak pasti akan ku miliki

mengimbau kenangan bersama keluarga
bersahur dan berpuasa bersama
ibu kejutkan kami yang lena dibuai mimpi
walaupun adakala cubaannya sampai berulang kali
namun ibu tetap gagahi
ayah pula memberi ganjaran kepada yang berpuasa penuh 30 hari
pelbagai keistimewaan yang ayah beri kepada kami tak terbalas rasanya budi

ayah dan ibu mungkin sedang menghayati Ramadan ini
kerana buat pertama kali aku berpuasa tanpa mereka di sisi
aku di rantauan yang agak sukar untuk berdiri
demi ibu dan ayah aku bertekad setekal-tekalnya hati
Ramadanku di rantauan ini akan menjadi paradigma yang bukan sekadar permulaan lagi

Karya:Kuje

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ingin Kembali

Terasa hina bila bertakhta di jalanan
menyingkap kembali personaliti yang hanya menjadi kenangan
insan disegani ialah aku
pada suatu ketika dulu kerana ilmu

manusia yang dibenci ialah aku
ketika ini dan seluruhnya waktu kerana sikapku

aku bukannya mahu penipu
bukannya mahu mengampu
sebenarnya aku bukan begitu

aku ingin kembali lagi menjadi seperti 10 tahun lalu
takkan sukar jika ada keyakinan yang jitu
takkan mudah jika putus asa dalam diriku

azan sudah berkumandang tandanya aku perlu lakukan sesuatu
Allah sentiasa ada membantu
bagi hamba-hamba yang mengejar cinta yang satu

abstrak ialah nawaitu
nyata ialah perubahanku
nantikan andainya itu ialah aku..

karya:
Kuje

Suara Perpaduan

Satu suara bergabung tersimpul erat
menyulam tekad rasa nan bangga
tangan dihulur ada yang menyambut
berjabat mesra berganding bahu
membentuk ukhwah itulah satu suara
suara perpaduan

jika di sana menangis merintih
di sini menghulur tangan
merangkak mesra terukir senyuman
turut berkongsi pedih dan sengsara
suara tidak dibiarkan keseorangan
disambut mesra suara perpaduan
melayu,cina,india dan sesiapa sahaja
pelbagai rupa pelbagai bangsa
pelbagai agama pelbagai budaya

Itu semua bukan ukuran
malah satu kebanggaan...

sentiasa disambut terukir senyuman
sebaris ke hadapan
menoktahkan perpaduan
suara perpaduan...

kami bangga kami nan merdeka
kami bangga kami satu suara
merdeka segala duka
merdeka segala sengsara
suara bersatu membentuk perpaduan
perpaduan yang nyata..

Penulis lirik:Puan Erma Erlina Anuar
komposer:Kuje

Garis-garis Duka

bantulah aku jika engkau ialah sahabat
aku kecundang lagi kali ini lebih hebat
ku hanya insan lemah yang kadangkala terasa kuat
bertatihpun kini sudah tidak mampu
berdiri mungkin takkan ku temu
halaman kehidupan yang hanya tinggal garis-garis duka
apakah zaman kejatuhanku sudah tiba
dahulunya aku insan yang penuh ilmu
sahabat datang menghampiriku
menjulang prestasi terbaikku
namun kini aku tidak ada apa-apa kecuali luahan perasaan yang terbuku
alami saat-saat getir yang menghantuiku...

karya:
kuje

Mengharapkanmu

Ku harapkan cinta
namun yang hadir hanya derita
Gadisku,mengertikah kesetiaanku bukan hanya dengan kata-kata
janji kita masih diawang-awangan terseksa
aku masih terdampar disini
sedangkan kau merenangi lautan yang tak ku alami
kebahagiaanmu menjadi barah kehidupan yang sunyi
kebobrokan perjalananku amat sadis kerana liku-liku ini
sudikah kau mendengarnya dengan niat suci
umpamakan aku sebatang kara di pinggir kali
sudah pasti...
kau akan sedari..
aku bukan seperti dulu lagi
kau sentiasa ku rindui
setiap detik titis-titis airmataku jatuh ke bumi
aku masih menantimu di sini...
masih mengharapkanmu biar apapun terjadi
hatimu ku tak sanggup lukai
ku tahu sakitnya bila cinta didustai
harapan agar kau fahami
aku inginkan saat-saat indah kita kembali..

karya:
kuje

Khamis, 20 Ogos 2009

Nafas-nafas kritikal..(jangan salahkan aku)

Nyalaan api telah menghangatkan malam-malamku..
harapanku fantasikan dengan hembusan-hembusan kritikal..
tiada terfikir aku begini jadinya dihimpit ketagihan padanya yang tak pernah terasa..
rokok yang setia..
teman yang tak bernyawa dikala sepi tiba..
kesunyianku bukan hiba!
kegembiraanku bukan ria!
kedukaanku sememangnya kerana terluka!
sedih memang pedih!
aku terpaksa kerana aku hanyalah manusia!!
biarkan aku mendampinginya..
biarkan!
kerana kamu wahai teman tidak pernah pedulikan aku yang dianggap pendeta gila..
ku bangun menentang hak jiwa..
ku berdiri membangkang segala yang tak pasti kebenarannya..
namun tak pernah aku dibela..
usah perlihatkan aku dengan pandangan luaranmu sebagai seorang pendusta..
helaan nafas ini sememangnya nyata di dunia yang fana..

teman,setiap darinya ada hikmah yang berguna..
dan jangan salahkan aku membabi buta!!!

karya,
kuje

kehidupan di uitm..

kadang2 ak rase tertekan dok kt cni..
adekalanye gak ak rase seronok..
nape ekh??
maybe ble assgnment bnyak,ak rase xbez..
tp,2 la hakikat seorg mahasiswa di uitm..
mcam2 kuiz ak kene hadapi..
nk or xnk,ak kene wat gak..
coz 2 markah bawaan utk support markah final exam..
maybe ak lom dpt biasekan dri ngan sume 2..
ak perlukan mase utk prepare ngan sume 2..
actually,ak xkesah dpt assgnment bnyak..
coz 2 mmg tggungjwb ak..
sumenye depend ngan kehendak ak..
klo ak malaz,xsiap la assgnment 2..
tp,klo ak rajin n ade usaha..
siapla assngment ak 2..
btol or salah assgnment ak 2 len citer..
yg penting,siap!!
tujuan ak tulis nie juz nk motivate dri ak sndiri..

salam,
saiber

Apa Itu Semua?

apa itu jiwa,
bila sedih terhiris luka gerimislah duka,
apa itu muzik,
jika tertarik irama bukannya pelik,
apa itu cinta,
lamunan indah kerana kenangan yang tak dapat dilupa,
apa itu sahabat,
jika suka dan duka dikongsi sampai tertutupnya mata,
apa itu kita,
jika kadangkala terlupa pada yang Maha Esa,
apa itu kekasih,
jika kita rasa tersisih,
apa itu iman,
jika tak dimiliki oleh setiap insan,
apa itu semua,
jika kita tak menghayatinya...


Karya:kuje

Bila Hidup Tak Berteman

Terpinggir aku di jalan-jalan yang sesak,
seharusnya aku melaluinya walaupun terdesak,
biar dihimpit seksaan hidup di dunia mereka,
hadapi saat getir ini dengan penuh rela..

Kekasih yang pergi tinggalkan aku begitu sahaja,
tiada kata putus mahupun ucapan cinta darinya,
ku dipurukkan dengan suasana,
teman yang dahulunya menghulur tangan kini mengejar cita-cita..

Bila hidup tak berteman,
dugaan tetap akan hadir walau diri berseorangan,
perjalananku semestinya sendirian,
jiwa yang kekosongan,
tercari-cari arah dan tujuan dalam kehidupan..

Menara gading yang ku impikan,
kini sudah berada dalam genggaman,
namun cinta pula pergi bersama persahabatan,
tak sanggupku terima kenyataan yang menyakitkan,
sepi seorang insan yang tiada siapa hiraukan..

Ku berdoa padaMu Tuhan,
kuatkan semangatku sebagaimana orang yang beriman,
sememangnya manusia tidak terlepas dari ujian,
kecekalan dan ketekalan yang kadangkala berjauhan..

Karya:kuje

Isnin, 10 Ogos 2009

salam perkenalan..

salam perkenalan pembuka bicara..
ruangan blog ini kami bina untuk berkarya dan meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati kami..
perasaan itu adalah seperti gembira,marah,sedih dan berbagai-bagai lagi..
diharapkan kepada semua blogger dapat memberikan komen..
kami pemilik blog ini hanya menggunakan gelaran "kuje" dan "saiber"..

Yang Benar,

kuje&saiber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...