BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadanku Di Rantauan

Kokokan ayam tak ku dengar bersahut lagi
kicauan burung bahasa terindah yang tak ku fahami
cahaya yang bermega-mega mula menakluki pagi
kabus yang meliputi ruang udara ku perhati
tanda kesegaran yang nyaman sekali

namun ibu,ayah,abang-abangku&adik-adikku nun jauh menanti
kejayaan yang tak pasti akan ku miliki

mengimbau kenangan bersama keluarga
bersahur dan berpuasa bersama
ibu kejutkan kami yang lena dibuai mimpi
walaupun adakala cubaannya sampai berulang kali
namun ibu tetap gagahi
ayah pula memberi ganjaran kepada yang berpuasa penuh 30 hari
pelbagai keistimewaan yang ayah beri kepada kami tak terbalas rasanya budi

ayah dan ibu mungkin sedang menghayati Ramadan ini
kerana buat pertama kali aku berpuasa tanpa mereka di sisi
aku di rantauan yang agak sukar untuk berdiri
demi ibu dan ayah aku bertekad setekal-tekalnya hati
Ramadanku di rantauan ini akan menjadi paradigma yang bukan sekadar permulaan lagi

Karya:Kuje

0 kenyataan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...