BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 24 Ogos 2009

Aku Akan Pergi Dari Sini, Jauh.........................Ke Sana

Aku akan pergi dari sini
tak berapa lama lagi
uitm bukan rezeki
kecundangnya aku adalah titik permulaan hasrat ini
usah bertanya wahai teman yang mithali
ke mana arahnya aku akan pergi

Aku sudah tak berdaya untuk yakin pada diri sendiri
kelas menuntut ilmu semuanya aku tak hadirkan diri
tugasan yang diberi tak pernah aku lunaskan selama ini
Puan Nazhatul,Encik Albar,Cik Shikin dan pensyarah-pensyarahku yang dihormati
maaf dipohon kerana kejayaanku di universiti seakan terhenti
atas pendirian yang sudah lama terpuruk di pinggiran hati
aku gagahi semua ini biarpun kekuatan aku telah lama mati
mungkin satu hari nanti aku akan kembali
bukan di sini
tetapi di atas corak masa hadapan yang aku sememangnya pasti

rengsaan tak mahu pergi
seksaan bertubi-tubi
aku bukan insan cekal yang tabah menghadapi
dugaan ini hikmahnya aku hayati
segala nikmat dari-Nya aku syukuri
namun bukan ini yang aku ingin miliki
walaupun di kampus ini
sudah ramai sahabat yang aku kenali
dari insan seni sehinggalah yang baik budi
ku hormati kalian yang sejati
menghargai petikan gitarku yang tak sehebat Joe Satriani
adalah sesuatu yang aku kagumi
teruskan perjuangan dengan niat yang suci
tidak semestinya aku pergi
kita takkan dapat berjumpa lagi
aku doakan kejayaan kamu semua di uitm ini
semoga dapat mencapainya tanpa halangan yang buat perjalananmu terhenti...

karya:
Kuje

0 kenyataan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...